Nak suburkan tanaman tapi tak nak guna bahan kimia? Rupanya sisa makanan pun boleh!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka menanam sayuran di rumah pastinya mahu tumbuhan lebih subur tapi tak mahu gunakan bahan kimia.

Rupanya ada cara senang untuk guna sisa makanan sahaja, paling penting jimat dan selamat.

Boleh cuba perkongsian pengguna Facebook, Ummi Ammara.

5 cara suburkan tanaman

1. Air basuhan beras

  • Wajib siram hari-hari, padi dan petang, tak perlu guna air paip. Kalau ada lebih simpan.
  • Tapi yang simpan tu kena camour dengan air, jangan peram pula sebab nanti jadi masam boleh mati pokok.

2. Air peraman kulit bawang dan sisa sayur dan buah (bokashi tea)

  • Campur je semua kulit bawang, kulit telur, sisa sayur, air beras dan lain-lain.
  • Selang selikan dengan gula merah, kalau tak ada guna gula biasa pun ok je.
  • Hasilnya seminggu sekali kita blh amik bokashi tea campur air nisbah 1:10 (bokashi tea : air paip) buat siram pokok
  • Baja yang menjadi dia bau masam tapi kalau busuk tu tanda peraman tak jadi.

3. Kulit telur

  • Jemur hingga betul-betul kering.
  • Hancurkan dan goreng dalam kuali sampai warna jadi perang atau kulit telur betul-betul garing, jangan sampai hangit.
  • Sejukkan dan kisar kering sampai hancur. Boleh digunakan untuk tabur dekat pokok.

4. Kulit bawang

  • Boleh guna kulit bawang untuk tabarkan dekat pangkal pokok.

5. Penyembur Bawang putih

  • Ini adalah untuk elakkan serangga perosak.
  • Kisah bawang putih untuk buat semburan dekat pokok.
  • Sukatan ikut suka asalkan bila sembur, bau bawang tu melekat di pokok.
  • Bawang putih jangan buang rendam je dalam semburan, kalau nak guna cuma tambah air sahaja.

Selamat mencuba!