Malaysia Dateline

Nak teruskan hidup single sebab terkesan lihat influnecer putus tunang, wanita nasihat jangan melebih sangat

Tidak salah untuk menjadikan kisah hidup seseorang sebagai pengajaran namun perlulah ada hadnya terutamanya kisah yang berlaku di media sosial.

Jangan pula sebab wanita lain yang dicurangi, kita yang memang tak ada pasangan ini pun nak juga hidup seorang diri selamanya.

Apatah lagi jika Allah SWT sudah mengaturkan hidup kita sejak awal, jangan disebabkan satu kisah terus nak lawan kehendak yang sudah ditulis.

Ada banyak faktor yang menyebabkan perpisahan dan putus tunang ini, mungkin jodoh belum sampai waktunya jadi tak perlulah kita melebih dalam hal peribadi orang pula.

Seorang wanita di Twitter, Delia (@sarramonez) menasihatkan pengguna lain untuk tidak melebih dan mengikut perasaan mengenai kisah cinta orang lain.

“Adik adik sekalian, boleh tak jangan terlalu terkesan dengan orang punya jalan cerita hidup dia dekat media sosial ni? 

“Apa yang korang (anda semua) tengok atau baca tak semestinya akan berlaku dekat korang. Tak payah la sampai nak single sebab orang lain putus tunang.

“Kita pun tak tahu cerita sebenar, doa agar dapat jodoh baik baik bukan jadi fobia dengan orang lain punya hubungan,” ujarnya.

Wanita ini pada masa sama melihat banyak warganet yang terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di sosial media.

Dia juga menasihatkan agar semua untuk terus muhasabah dan perbaiki diri serta serahkan urusan yang lain kepada tuhan.

Baca juga: Batal majlis 2 hari sebelum kahwin, wanita saman bekas tunang lebih RM800,000