Nak tidur baru perasan suami tak ada, rupa-rupanya…

Oleh KIM SYAZIE

Tercari-cari suami ketika waktu hampir 12 tengah malam, wanita terkejut melihat kelibat sedang menjemur pakaian di luar rumahnya.

Menerusi akaun TikTok, @megawatyachmad, dia berkongsi video suaminya yang membantu urusah rumah tangga dengan menyidai baju.

@megawatyachmad Terimah kasih banyak suamiku 🥹 #suami #suamiidaman #rumahtanggabahagia ♬ suara asli – Sadvibes🥀

Pada mulanya dia terkejut apabila tidak melihat sosok suami dalam bilik dan cuba mencarinya.

“Hampir pukul 12 tengah malam. Saya dan Athallah (anak) sudah tidur. Tiba-tiba saya tersedar dan mencari suami.

“Terima kasih banyak suami,” ujar kapsyen video.

Warganet turut berkongsi kisah suami mereka yang juga ada membantu dalam menguruskan hal di rumah.

Baca juga: Terima rasuah RM1 juta, OCPD lindung pusat hiburan, rumah urut diheret ke mahkamah