Baru-baru ini pelakon jelita, Rozita Che Wan berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang mengenakan solekan ketika mahu tidur di waktu malam.
Yelah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan mengenai Che Ta dengan anak perempuannya, Aaisyah.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menegur gelagat anaknya yang mengenakan solekan ketika mahu tidur di waktu malam.
“Aaisyah dah mandi malam-malam pun bersiap juga, pakai lipstic, pakai blusher semua. Siapa yang macam mek chah? Nak tidur pun kena cantik dia kata.
“Takut reput je muka hang, tunggu besar Aaisyah oi,” kata Che Ta.
Aaisyah yang sedang menyikat rambutnya berkata, dia sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.
“Mami, Aaisyah nak tidur pun kena cantik tau,” kata Aaisyah.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagar dua beranak itu dan menganggap Aaisyah mengikut perangai ibunya yang sentiasa mahu cantik dan bergaya setiap masa.
Baca juga: Wira Covid-19 terus berjuang, Dr. Noor Hisham kembali bertugas di Hospital Putrajaya