Malaysia Dateline

Nama Caprice melambak, ada beras Caprice, ada tisu tandas Caprice-Netizen Malaysia memang cekap!

Susulan tindakan penyanyi rap dan juga usahawan, Caprice yang mahu menyaman Mydin kerana menyebut namanya netizen Malaysia menyelongkar rupanya nama itu banyak digunakan sebagai jenama seperti beras, tisu tandas dan juga syampu rambut.

Tindakan netizen itu berikutan Caprice mahu menuntut pasar raya Mydin membuat permohonan maaf kepadanya gara-gara satu ciapan di Twitter Mydin yang memetik nama ‘cap’ dan ‘rice’.

Caprice menerusi Instagram berkata, dia kecewa dengan tindakan Mydin memuat naik Tweet berbaur sindiran terhadapnya dan memberi tempoh 24 jam untuk meminta maaf atau berdepan tindakan saman RM30 juta.

“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam”, tweet Mydin.

Ramai terhibur dengan hantaran berkenaan merupakan satu troll yang secara tak langsung dituju kepada Caprice.

Nama Caprice melambak, ada beras Caprice, ada tisu tandas Caprice-Netizen Malaysia memang cekap!

Melalui hantaran di Facebook Dapur Kita telah menemui jenama beras Caprice di negara Thailand di mana ia adalah singkatan nama bagi syarikat Capital Rice Co. LTD yang berasal dari negara itu.

Difahamkan klilang Caprice ini terletak di Samut Prakhan. Area Phra Padang, Samrong tidak jauh dari Bangkok, jalan nak menghala ke Pattaya.

“Kilang ni lama dah, dari tahun 1977. Ada ISO 9001,2000 GMP HACCP,” tulis admin Dapur Kita.

Berikutan perkongsian itu, netizen pula menyelongkar dan menemui beberapa jenama Caprice di tisu tandas yang dijual di Australia dan juga pada syampu rambut.

Pendedahan netizen itu menyebabkan ramai yang meminta pemilik jenama barang itu bertindak menyaman pula penyanyi rap terbabit kerana menggunakan nama yang tidak dipattern.

“Ooo…kisah. boleh la lepas ni syarikat tu saman caprice sebab guna nama dia… hermmm,” komen Fathma Shamsuddin.

“Mungkin kilang ni boleh saman dia sbb guna nama company,” komen Nurul Nazirah Mohd Joned.

Baca juga: Jadi PM UK paling singkat, Liz Truss letak jawatan susulan pembentangan bajet paling buruk

Baca juga: Sebak baca komen saudara terdekat, rupanya kakak adik sangat rapat