Nama Pak Mat Western kena petik lagi, kali ini pelanggan ‘complain’ hidangan western guna pinggan kertas

Oleh KIM SYAZIE

Awal tahun ini, Malaysia Dateline melaporkan luahan pelanggan yang kecewa dengan layanan restoran Pak Mat Western kerana didakwa tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Pak Mat Western nampaknya tidak dapat terlepas dari beberapa kritikan lain apabil restoran sajian ala barat itu sekali lagi dipetik netizen.

Kali ini seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati apabila salah sebuah cawangan restoran itu didakwa menyediakan hidangan barat atas pinggan kertas berbentuk segi empat tepat berwarna coklat.

Kebiasaannya makanan barat seperti Chicken Chop dan Lamb Chop disediakan di atas pinggan kaca atau piring-piring aesthetic sebagai menambah ‘mata’ kepada persembahan hidangan.

Namun apabila ia disajikan di atas pinggan kertas, ia dibimbangi akan menyebabkan pinggan tersebut terkoyak atau kuah blackpepper menembusi bahagian bahawa pinggan tersebut.

“Spoil sungguh makan western dalam bekas camni! Aduii,” kata seorang pengguna Facebook Hazwan Syafiq.

Namun, dia juga menambah bahawa luahannya sekadar berkongsi rasa ‘kecewanya’.

“Amboi! Bukan main eh korang! Saya kongsi rasa kecewa saya bab makan western dalam bekas kertas ni je,” balasnya di ruangan komen dengan emoji ketawa.

Hantaran itu ternyata menarik perhatian pengikutnya yang mengambil serius luahan tersebut dan menyebut (mention) nama Pak Mat Western agar penambahbaikan perkhidmatan dilakukan segera.

Mereka juga mendakwa restoran tersebut hanya mementingkan pemasaran semata-mata tanpa mengambil kira kualiti persembahan hidangan.

“Nampak tak presentable bila pakai craft plate mcm ni. Kalau nak aesthetic banyak je pilihan pinggan yang 1 ton warna putih kelabu matte atau hitam matte. Pakai yang itu,” komen Cik Tuah.

“Pak Mat Western dekat Meru, Ipoh sendu gila. Bila tgok menu, kebanyakannya tak ada. Pemasaran bukan main kebabomm. Indah khabar dari rupa,” komen Raramira.

“Kali pertama dan terakhir pergi dengan suami sebab sampai kat kita orang lamb chop dah sejuk. Tak tahu lah dia buat apa dengan lamb chop kita orang tu. Semenjak tu kalau teringin, beli yang pek masak sendiri je,” komen Dinie.

Bagaimanapun ada yang memberitahu bahawa cawangan yang disinggah pengguna Facebook tersebut adalah cawangan Xpressmart Pak mat Western yang dari dahulu memang menggunakan pinggan kertas

Ia katanya bertepatan dengan konsep ‘express’ atau cepat dan segera sama seperti restoran makanan segera KFC dan McDonald’s.

Baca juga: Resipi mudah buat paprik daging, rasa sama macam dekat kedai!