Nama pelakon Rusdi rupanya ada kena mengena dengan legenda negara Allahyarham P Ramlee, baru hari ini terungkap

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka nama anak kepada pelakon legenda tanah air, Norlia Ghani sebenarnya diberikan oleh seniman nombor satu negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Nama anak sulungnya Rusdi Ramli diberi ketika pelakon tersebut hamil di set penggambaran Dr. Rushdi yang berlangsung pada era 70-an.

Kisah menarik itu dikongsi menerusi satu program podcast bernama Siar TV yang dan klip pendek itu tular di TikTok.

“Sebenarnya nama anak saya diambil sempena judul filem ‘Dr. Rushdi’ dan sebenarnya memang Tan Sri P. Ramlee yang bagi.

“Masa penggambaran filem itu, mama (Norlia Ghani) mengandung, mama mengandungkan Rusdi, anak pertama,” ujarnya dalam klip pendek tersebut.

Lebih menarik, ada dua kru produksi yang hamil sewaktu penggambaran dan memilih nama watak dalam filem arahan P.Ramlee untuk diberikan kepada anak mereka.

“Masa tu ada tiga orang mengandung, saya, jurumekap dan pereka set. Elok pula tu nama semua anak.

“Saya namakan anak bersempena Dr. Rushdi, pereka set tu pula namakan anaknya berdasarkan watak Dr. Rozaiman.

“Jurumekap pula memilih nama watak dilakonkan Datuk Sarimah iaitu Rozaimah untuk anaknya,” tambahnya.

Rata-rata warganet terkejut dengan info tersebut sambil bergurau nasib baik nama anak Norlia Ghani tidak diambil semasa berlakon filem ‘6 Jahanam’.

“Bayangkan masa tu P.Ramlee tengah buat filem 6 Jahanam. Agak-agak apa nama Rusdi dapat,” komen seorang pengguna media sosial sambil meletakkan emoji ketawa.

@siardotmy

Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Norlia Ghani hanya di saluran Youtube SIAR TV. #SIAR #siartv #ruangtemu #norliaghani #pramlee #rusdiramli

♬ original sound – SIAR – SIAR

Baca juga: Baru umur 2 tahun, cucu Kris Dayanti terima kereta mewah sebagai hadiah hari jadi