Nampak bos datang, pekerja terus ‘busy’ buat kerja

Oleh KIM SYAZIE

Banyak perkara lucu yang terjadi di tempat kerja terutamanya jika anda bekerja di kedai atau premis yang menjual barangan.

Bila tiada pelanggan, maka masa dihabiskan secara santai tapi bila bos datang secara mengejut mulalah segala benda dibuat.

Satu video kamera litar tertutup (CCTV) dimuatnaik di akaun Twitter @AsyrafRosli_ menunjukkan perangai pekerja saat melihat bos masuk ke kedai.

Rata-rata warganet memahami situasi tersebut malah ada yang menyatakan kerja pembersihan boleh dilakukan dalam masa singkat maka pasti ada banyak masa terluang.

“Masalahnya dah tak ada benda nak buat, takkan tiap minit nak menyapu hahahahahaha bila duduk saja kang cakap ‘duduk saja gaji buta’,” ujar @naimmrosli.

“Ya Allah tak terfikir pun nak punggah balik barang yang dah kemas macam ini, so aku tak mahir lagi laa utk buat buat busy depan boss,” kata @blackyjez

“Paling gerun sekali bila bunyi tapak kasut ‘ketuktak ketuktak’ lalu depan pintu, dah boleh agak ni mesti bos lalu. Terus mata jadi segar bugar dan buat-buat sibuk,” tambah @shahffieq_rauna.

Baca juga: Konon nak marah sebab penghantar tak mahu naik atas, sekali kena perli pemalas dengan netizen