Nampak ringkas dan minimalis, tak sangka kek kahwin Sean Lee guna 5kg Strawberi import dari AS

Oleh KIM SYAZIE

Perkahwinan mengejut pelakon dan pengacara Sean Lee bersama pasangannya terus menjadi bualan dalam kalangan peminat dan pengikutnya.

Bukan sahaja tentang busana yang dikenakan pengantin perempuan, tetapi kek kahwin pasangan itu juga menjadi perhatian pengguna media sosial.

Dengan konsep ringkas dan terlihat minimalis, siapa sangka kek satu tingkat itu rupa-rupanya memerlukan sehingga 5 kilogram Strawberi untuk memenuhi permukaan kek tersebut.

Harga untuk sebiji kek saiz besar itu juga tidaklah terlalu mahal dan ia setanding dengan hasil akhir yang dipersembahkan. 

Menurut laporan Astro Gempak, kek perkahwinan Sean Lee menelan kos kira-kira RM2,500, dengan buah-buahan Strawberi itu diimport dari Amerika Syarikat 

individu yang menghasilkan kek berkenaan iaitu Shazwan berkata pada awalnya mereka tidak tahu kek yang ditempah adalah untuk Sean dan isteri.

“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab kita pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.

“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz ‘designer cake’. Kita tak pernah buat kek bersaiz besar and ia semestinya memberikan cabaran buat kami,” katanya.

“Kami guna sekurang-kurangnya 20 kotak strawberi yang secara total seberat 5 kilogram. Harga kek seperti kek perkahwinan Sean Lee itu adalah RM2,500 termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang,” katanya lagi seperti dilapor.

Baca juga: Sudah hidup susah senang, wanita ditinggalkan suami saat hamil anak ketiga untuk janda muda