Malaysia Dateline

‘Nampak sipi-sipi lubang hidung pun jadilah Bilal’, Neelofa tak habis-habis tayang tubuh anak tapi sorok wajah

Orang ramai dilihat terus menyindir selepas selebriti jutawan, Neelofa tak habis-habis tayang sisi anggota tubuh Muhammad Bilal tanpa menampakkan wajah sebenar anak sulungnya itu.

“Nampak sipi-sipi lubang hidung pun jadilah Bilal” kata Adeeba Abraham manakala Rizal Rodzuan menulis, “Harap-harap kalau Lofa dah nak tunjuk muka Bilal tu, beritahu seminggu sebelum ya, boleh saya booking cuti siap-siap”.

Memandangkan Neelofa memang kerap mengundang rasa ‘kempunan’ netizen untuk melihat raut wajah sebenar Bilal, ada yang berseloroh menganggap sikap suri hati Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu bagai program televisyen bersiri panjang.

“Kembali lagi kita dalam rancangannnnnnnn Mak Bilal Tayang Apa Hari Ini episod 1,169. Selamat menonton semua!” perli Syaza Izzati.

Reaksi orang ramai itu ekoran gambar terbaharu Bilal bersama banyak untaian permainan yang dikongsikan Neelofa menerusi Insta Story di laman Instagram (IG).

Kali ini, Bilal dalam posisi berbaring dengan sudut kamera menjadikan kedua-dua tangan gebu bayi berkenaan menutup wajah kecuali lubang hidung sahaja yang kelihatan.

Dalam masa sama, tidak kurang juga yang bersimpati dengan Bilal apabila berada dalam situasi yang terus-menerus menjadi bahan mulut warganet termasuk yang berbaur negatif.

“Kesian. Kadang-kadang disebabkan sikap keluarga, anak-anak jadi mangsa. Doakan yang baik-baik saja buat anak soleh, Bilal,” nasihat Faz Qery.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tetap dengan pendiriannya tidak berkongsi wajah Bilal kerana mempercayai panahan penyakit Ain iaitu gangguan disebabkan pandangan.

Bekas pengacara MeleTOP itu hanya akan berkongsi wajah anaknya apabila tiba masa yang sesuai iaitu tunggu Bilal besar sikit.

Walaupun netizen mengecam tindakan sorok muka Bilal, Neelofa berkata, dia menitik berat soal kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anaknya.

Baca juga ‘Heboh nak tengok sangat bilal, pergilah masjid’, netizen terus ‘bergaduh’ mahu lihat wajah anak Neelofa

Baca juga Bendera Selangor dikibar separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin