Malaysia Dateline

Nanti ada yang kata ‘munasabah kepala hotak hang’, marah

Munasabah?

To be fair, biarpun YB Menteri ini antaranya jaga benda-benda berminyak seperti minyak kelapa sawit, namun isu harga minyak kelapa sawit 5 kg yang dilaporkan melambung la ni bukan di bawah bidangkuasa kementerian yang dia jaga.

Tetapi bila beliau mula buka mulut dan pi habaq kenaikan harga minyak masak tu adalah munasabah dan mula bagi ‘kuliah’ tentang kononnya golongan M40 dan T20 telah menikmati harga rendah minyak masak atas keringat pekebun kecil, saya rasa rakyat memang naik minyak kat dia!

Beliau juga dilaporkan berkata ‘sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak 5kg untuk kegunaan M40 dan T20, penyelewengan boleh berlaku lagi pada skala besar’.

Ok. Itu yang Menteri habaq. La ni saya nak habaq pula.

1. Peraturan nombor 1 YB bila jadi menteri ini, jangan nak cuba jadi ‘menteri serba tahu’ lalu pi ulas isu kementerian lain. Ini sangat asas YB. Jadi menteri ini tak sama macam jadi pengerusi biro atau lajnah dalam parti YB.

2. Bila YB nak bela kenaikan harga minyak tu hingga kata ianya adalah munasabah, elok YB kena bagi salam dulu dan kena pandang semua arah.

Seperti orang arab kata, ‘jika bercakap itu adalah perak dan berdiam diri itu adalah emas’, orang yang bijaksana akan pilih emas Yb!

Katakan lah kami setuju bahawa kenaikan harga minyak itu adalah munasabah seperti yang YB dakwa (bagi tujuan berhujah), YB kena faham, la ni bukan keadaan biasa. Depa kata la ni normal baharu.

La ni bukan musim pra-covid-19. Jika rakyat yang nakal nanti kata “munasabah kepala otak hang!” kan tak fasal fasal.

La ni YB, rakyat semua golongan sedang tercekik dan melarat sangat. M40 = Melarat 40 dan T-20 = Teruk 20. Jadi, tak sesuai nak bangkit isu takut penyelewengan subsidi bagi nak tolong rakyat!

Rakyat semua golongan jika boleh nak beli minyak masak pakai botol air mineral yang kecil YB hoi. Untuk apa? Untuk masak makanan nak pi bagi anak bini makan YB

Mereka tak sempat la ni nak pikiaq gi kedai jual kereta jauh sekali nak pi uji pandu kereta untuk beli kereta.

So, gomen cap apa pun wajib bantu mereka. Paling minima, jangan sakitkan hati mereka dengan pi keluar kenyataan yang macam YB cakap itu.

3. Takut penyelewengan? Hish macamlah yang kat atas-atas itu semua suci macam malaikat! Mungkin di Lembaga Getah malaysia (LGM) tak ada kes penyelewengan kot? Isu penyelewengan ini ada kaitan dengan isu penguatkuasaan YB. Itu tanggungjawab Gomen.

Apa-apa pun, yang depa kata sejak enam bulan yang lepas harga minyak masak dah naik sebanyak 6 kali, saya rasa itu semua mungkin salah DAP kot.

Hish cabutan khas nombor ekor pun boleh naik dari 8 ke 22, memang jahat sungguh DAP ni kan YB?