Nasi goreng mempunyai pelbagai versi dan resipi yang tersendiri. Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan selepas penat pulang dari kerja.
Tahukah anda nasi goreng belacan boleh dianggap pembuka selera buat seisi keluarga yang sudah bosan dengan nasi goreng biasa.
Dengar sahaja belacan pasti teringat masakan-masakan kampung. Jadi, artikel kali ini kami akam kongsikan resipi nasi goreng belacan yang ringkas, bujang pun boleh buat!
Resipi ini juga hanya menggunakan telur sebagai lauk.
Namun begitu, anda boleh tambahkan ayam, udang, sotong atau fish cake mengikut cita rasa masing-masing.
Resipi nasi goreng belacan
Bahan-bahan:
Bawang putih (hiris nipis)
Bawang merah (hiris nipis)
Kubis
Nasi
Telur
Sambal belacan
Ayam/udang/sotong (jika suka)
Cara memasak:
1. Pecahkan telur, kacau telur sehingga hancur dan masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.
3. Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan pula nasi putih dan sambal belacan. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
5. Seterusnya, masukkan terus yang sudah digoreng tadi. Taburkan juga secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kubis. Kacau rata sehingga sayur sedikit layu.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Baca juga: Ramai terharu dengan guru India ini, hasilkan kolam Deepavali buat rakyat Palestin