Zaman dulu bukan senang nak dapatkan bahan untuk memasak dan kebanyakan ibu menjadi lebih kreatif semasa menyediakan hidangan.
Bila nak jimat, mesti nak kurangkan bahan agar tapi rasanya tak pernah mengecewakan, mungkin sebab air tangan mak tu sendiri.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Wan LuQman menerusi ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Nasi goreng ni dikira nasi goreng bajet, maklumlah zaman dulu mak-mak kita masak nasi goreng kicap ni memang cincai, tapi rasa dia sedap lain macam.
“Menggamit kenangan sangat. Jadi kita masak nasi goreng ni untuk anak-anak,” ujar Luqman.
Resipi nasi goreng kicap
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang kecil – hiris nipis
- 3 ulas awang putih – diketuk
- Fishcake – potong kecil
- 1 biji telur
- Kicap manis
- Kicap cair
- Sos tiram
- Kicap karamel
Cara-cara:
- Mula-mula, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, dan cili merah. Tumis hingga naik bau dan bawang mula keperangan.
- Jika guna telur, gerakkan sayur tumis ke satu sisi kuali dan pukul telur di sisi lain kuali. Kacau telur sehingga separuh masak, kemudian campurkan dengan fishball.
- Masukkan nasi putih yang telah disejukkan ke dalam kuali. Biarkan nasi ini goreng sekejap supaya permukaannya mula berkerak.
- Tuangkan 4 jenis kicap ke atas nasi mengikut citarasa. Gaul rata nasi dan kicap.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau semua bahan dalam kuali dengan teliti sehingga nasi benar-benar masak dan menyerap semua rasa. Pastikan nasi tidak melekit atau hangus.
- Rasa nasi goreng kicap anda dan sesuaikan rasa jika perlu. Tambah lagi kicap, garam atau gula mengikut kesukaan anda.
- Selepas nasi goreng masak dan rasa betul, keluarkan dari kuali dan hidangkan suam.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara semai pokok sawi dalam kulit telur ayam, khas untuk orang yang suka berkebun tapi tak ada tanah