Nasi lauk telur dadar laku keras di Thailand! Semua gara-gara Lisa Blackpink kongsi video makan nasi bujang

Oleh KIM SYAZIE

Artis global popular, Lalisa Blackpink rupa-rupanya bukan sahaja penggemar lauk kampung, tetapi juga mempunyai citarasa sederhana kerana menggemari hidangan ringkas seperti nasi bujang.

Minggu lalu, resepi nasi putih yang berlaukkan telur dadar versi kegemaran anggota kumpulan K-Pop itu telah dikongsikannya dalam satu temu bual dengan Spotify.

Berikutan itu, hidangan yang dikenali sebagai ‘Khai jiao’ dilapor telah menjadi trend di laman media sosial Thailand.

Malah, akhbar berita Thai juga melaporkan bahawa hidangan tersebut mengalami peningkatan jualan.

Mereka berkata, menu telur dadar dan nasi itu telah laris dijual selepas Lisa berkongsi resepinya. 

Malah, kedai serta gerai yang menjual menu tersebut juga penuh dengan peminat.

Tidak berhenti di situ, seorang peniaga mengatakan bahawa Lisa telah menyebabkan jualan hariannya meningkat.

“Sebelum ini saya hanya jual 6 butir telur sahaja sehari, dan saya kerja seorang diri. 

“Tapi, lepas video Lisa tular, ramai orang datang gerai saya untuk makan hidangan tersebut sampai saya kena upah pekerja dan beli banyak bahan mentah,” kata peniaga tersebut.

Peniaga itu juga menyatakan bahawa dia amat bersyukur dengan ahli Blackpink tersebut dan menjemput Lisa untuk makan secara percuma di gerainya.

Baca juga: ‘Setiap kali ayah keluar menoreh, mesti mak buat ‘projek’ sampailah cerai, sekarang dah tua sibuk cari bapa aku suruh tanggung dia…”