Nasib Adnan bakal MB Pahang ditentukan esok

Nasib Adnan bakal MB Pahang ditentukan esok

Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya akan terjawab esok.

Menurut sumber, istiadat mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan di Istana Abu Bakar di Pekan, sebelum Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang.

Semalam, Adnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang memaklumkan pelantikan menteri besar akan dilakukan selepas mendapat perkenan Istana Pahang.

Adnan merupakan Menteri Besar Pahang selama empat penggal sejak dilantik pada 25 Mei 1999 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob.

BN berjaya mengekalkan pemerintahan di Pahang selepas memperoleh majoriti mudah apabila menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada Rabu.

Sementara, Pakatan Harapan memperoleh 9 kerusi dan Pas  memenangi 8 kerusi.