“Nasib baik dia mesej isteri” – Amir Jahari terkedu ada orang menyamar jadi dirinya, siap minta ‘transfer’ RM150

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ini ramai yang cepat terpedaya dengan sindiket ‘scammer’ yang menggunakan gambar ahli keluarga sendiri untuk menipu.

Sebolehnya hubungi ahli keluarga dan rakan yang konon nak meminjam, dapatkan informasi sebetulnya sebelum memberikan duit.

Terbaru yang menjadi mangsa adalah penyanyi Amir Jahari yang mendedahkan ada individu mendakwanya sebagai seorang ‘scammer’.

Hantaran tersebut dimuat naik di Instagram agar tiada rakan terdekat yang tertipu akan mesej tersebut.

Satu hal yang tidak diketahui individu tersebut adalah mereka menghantar mesej kepada orang terdekat dengan Amir iaitu isterinya, Kartini.

“Jangan sampai ada yang terkena dengan mamat ini. Nasib baik dia WhatsApp isteri saya. Setidaknya boleh sedar awal.

“Sudah beberapa orang di WhatsApp tanya. Sudahlah pakai gambar keluarga,” katanya menerusi Instagram.

Amir turut menegaskan bahawa dia hanya ada satu nombor peribadi untuk berurusan dengan keluarga dan kenalan rapat.

Dalam tangkap layar dikongsikan, individu tersebut meminta isteri Amir untuk ‘transfer’ RM150 ke akaun yang dikatakan ‘saudaranya’ dengan alasan saudara masuk hospital.

Ingat jangan mudah terpedaya atau panik bila ada yang meminta bantuan sedemikian rupa, pastikan ia benar terlebih dahulu.

Baca juga: Pilih tinggalkan dunia seni demi suami, Fatin Afeefa akui dah tak ambil ‘job’ berlakon