Nasib baik jadi “orang Cina”, kata Teo Nie Ching

Nasib baik jadi “orang Cina”, kata Teo Nie Ching

Hanya dinyatakan dalam bahasa Mandarin, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyebut dirinya bernasib baik menjadi “orang Cina”.

Hal itu terpampang pada status pemimpin DAP berkenaan di Facebook miliknya berserta lima foto sekitar majlis perasmian Sekolah Tinggi Chong Hwa Kuala Lumpur dan pelancaran Dataran Chong Hwa semalam.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merangkap Ahli Parlimen Segambut serta Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng.

Hadir sama Ahli Parlimen Cheras dan Duta Khas ke China, Tan Kok Wai dan seorang wakil Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Kelima-lima mereka dikatakan akan menderma sebanyak RM10,000 masing-masing kepada sekolah tersebut.

Kenyataan dimuat naik di Facebook Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai, Johor itu dimulakan dengan bahasa Melayu tetapi kemudiannya diikuti cuma dalam bahasa Cina.

“Menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Persekolahan & Dataran Chong Hwa, Chong Hwa Independent High School, Kuala Lumpur,” kata ‘Admin K’ dalam bahasa kebangsaan.

Sementara itu, terjemahan bebas keterangan bahasa Mandarin seterusnya dengan bantuan aplikasi Google menerangkan:

“Pagi ini, saya (Nie Ching) ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Menengah Bebas China di Kuala Lumpur kerana menjemput saya menghadiri “Majlis Pembukaan 2019 dan Majlis Pembukaan China Plaza” dan menyaksikan majlis tersebut dengan Komrad Guo Wei, Duo Komrad dan Rakan Li Ying.

“Apabila saya menjadi ahli Kongres Shaden pada 2008-2013, saya berkhidmat sebagai pengajar masyarakat perdebatan Longzhonghua sehingga saya datang ke Selatan pada tahun 2013. Pada masa kini, saya mempunyai banyak perasaan apabila saya kembali ke Longzhong dan saya juga menyaksikan pertumbuhan dan prestasi cemerlang sekolah pada masa ini.

“Long Zhonghua akan menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini, saya bernasib baik untuk menjadi “Cina” dan mengucapkan tahniah kepada Long Zhonghua untuk ulang tahun ke-100nya. Seratus tahun akan datang lebih cemerlang dan lebih cemerlang!” dipetik dari terjemahan bebas itu.

Walau bagaimanapun, aktivis Ng Yap Hwa memberitahu terjemahan yang betul bagi ungkapan tersebut ialah, “nasib baik jadi orang Chong Hwa (nama sekolah itu)” memandangkan Nie Ching pernah menjadi pelatih di situ.

“Chong Hwa dalam bahasa Cina ialah Tiong Hua,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, muka depan akhbar China Press hari ini turut memaparkan aksi Nie Ching bersama beberapa pemimpin DAP lain dalam majlis tersebut.

Muka depan akhbar China Press hari ini.

Menurut The Star Online hari ini, peruntukan RM12 juta untuk SMPC yang diumumkan di bawah Belanjawan 2019 akan dikeluarkan minggu depan oleh Kementerian Kewangan, kata Nie Ching.

“Kami telah mengumpulkan butiran akaun bank semua sekolah. Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan memberi dana pada Jumaat depan (11 Januari) di New Era University College,” jelasnya lagi.

Kelmarin, berita bahasa Cina di TV2 juga memaparkan berita tentang peruntukan kerajaan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Kementerian Pendidikan difahamkan telah menubuhkan Tabung Khas 2019 untuk SMPC.

Dalam status Facebook kelmarin yang juga berbahasa Cina, Nie Ching difahamkan berkata tentang pemberian cek berjumlah 2 juta yuan (RM1.2 juta) kepada New Era University College (NEUC) di Kajang, Selangor.

Berita bahasa Cina di TV2, Jumaat lalu.