Malaysia Dateline

Nasihat doktor kepada ibu hamil yang dijangkiti Covid-19

Jika anda ibu mengandung dan dijangkiti Covid-19, apabila dinasihatkan kuarantin di PKRC atau hospital, tolonglah ikut. Elakkan kuarantin di rumah.

Dengan varian Delta meningkat ini, anda boleh bertukar jadi tahap 4 dan 5 pada hari gelang dipotong. Ataupun mendapat serangan darah beku secara tiba-tiba. Mana nak tahu dah kritikal jika kuarantin di rumah?

Dalam masa sama usahlah cuba-cuba ubat yang dibeli sendiri. Alangkan nak makan panadol pun kena fikir banyak kali; inikan pula nak cuba ubat parasit dan antibiotik kategori B dan ke bawah.

Orang lain pun; jangan sesekali beri idea suruh ibu mengandung makan ubat itu dan ini. Kalau orang itu dapat komplikasi dan meninggal dunia, anda nak tanggung ke? Dah jadi dah pun.

Jangan, jangan dan jangan! Apabila ibu meninggal dunia, seisi rumah turut mati.