Sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Natasha Hudson kembali mencuri perhatian setelah membuat pendedahan yang mengejutkan, baru-baru ini.
Mana tidaknya, wanita kacukan jelita yang mula dikenali ramai sejak muncul dalam filem Chermin itu mendedahkan bahawa dirinya kini mengalami penyakit keturunan.
Lebih memburukkan keadaan, penyakit keturunan itu memberi kesan yang sangat mendalam sehingga dipercayai telah menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Umum mengetahui, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson itu telah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali termasuk perkahwinan terkini.
Meskipun sudah berusaha sebaik yang mungkin, empat daripada lima perkahwinan tersebut malangnya tidak dapat diselamatkan sebelum berakhir dengan penceraian.
Natasha kemudian mendakwa, kegagalan perkahwinan yang dialaminya ini adalah penyakit keturunan ekoran datuk dan neneknya juga turut berdepan masalah sama.
“Saya dapat tahu sesuatu perkara yang menarik. Apa yang berlaku di pada keluarga kita boleh menjadi DNA Imprintment di mana trauma yang belum sembuh boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.
“Saya langsung tidak terkejut kerana datuk dan nenek dari Australia turut mengalami perkara yang sama. Mereka juga mendirikan rumah tangga lebih daripada satu kali.
“Lalu, ia diwariskan kepada bapa seterusnya ke atas saya sendiri. Saya ingatkan ia adalah satu sumpahan. Tetapi sebenarnya trauma itu tidak pernah sembuh.” Katanya.
Mula bergelar isteri pada usia yang muda, Natasha mengakui hidupnya sebelum ini cukup terkesan selepas melalui pengalaman empat kali gagal dalam perkahwinan.
Walau bagaimanapun, kehidupannya kini sudah mula stabil sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang usahwan yang dikenali sebagai Muhammad Harits Jasmin.
Pelakon yang berusia 41 tahun itu mengakui perkahwinan kelimanya langsung tidak pernah dilanda masalah memandangkan Harits adalah lelaki yang boleh dipercayai.
Tular di media sosial, perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh wanita kacukan Malaysia-Australia itu menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Untuk makluman, Natasha dan Harith melangsungkan perkahwinan mereka dengan sederhana pada 28 Mac tahun lalu di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Belum memiliki cahaya mata, pasangan itu sudah cukup bahagia dengan tiga puteri Natasha dari perkahwinan terdahulu iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.
Baca juga: Tak perlu risau anak ketagih ‘hot dog’, wanita kongsi resipi sosej sihat buatan sendiri