
NATO bersidang untuk bincang agenda berkaitan konflik di Timur Tengah
NATO bersidang pada Isnin bagi membincangkan perkembangan terbaharu dalam agenda berkaitan Timur Tengah selepas pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Qasem Soleimani dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Jens Stoltenberg, setiausaha agung NATO, memanggil mesyuarat itu selepas berbincang dengan sekutunya, kata seorang pegawai NATO.
Duta-duta NATO akan bermesyuarat pada pukul 3 petang waktu tempatan (1400GMT), katanya.
Kematian Soleimani menyaksikan peningkatan mendadak ketegangan antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Presiden Donald Trump pada 2018 membuat keputusan untuk menarik diri daripada pakatan nuklear 2015 yang dimeterai kuasa-kuasa besar dunia dengan Tehran.
— BERNAMA