Nawawi perlu mengadap Agong, bukan terus salahkan pihak lain

Nawawi perlu mengadap Agong, bukan terus salahkan pihak lain

Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir. Datuk Ir. Nawawi Ahmad diingatkan kalau nak minta maaf pada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ia perlu dibuat secara beradab.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau menyambut baik permohonan maaf Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi kepada Duli Tuanku Yang Di Pertuan Agong selepas beliau menyerang Baginda Tuanku dan secara tak langsung menghasut rakyat membenci dan menyalahkan baginda dengan mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 dalam isu 1MDB.

“Namun Nawawi jangan buat Tuanku Agong macam tak tahu apa apa.

“Jangan dalam mohon maaf masih menyalahkan pihak lain yang memviralkan posting dari FB beliau dengan kefahaman yang lain dari apa yang beliau maksudkan.

“Nawawi jangan buat Tuanku Agong macam orang terencat akal.

“Jelas apa yang tercatit di FB Nawawi MO1 ialah Agong.

“Nawawi jangan jadi macam Namewee,” katanya.

Nawawi katanya jangan sekadar minta maaf di kaki lima jalan.

“Tuanku Agong bukan penjual Mee Tonggek.

“Perlu ikut adab kita dengan Tuanku.

“Apatah lagi Tuanku Agong adalah Sultan Kedah Darulaman yang sangat dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata.

Beliau mencadangkan Nawawi mohon mengadap dan memohon maaf dan mengakui melakukan tulisan dan tafsiran yang salah mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 pencuri 1MDB secara berdepan.

“Nawawi juga perlu mengisytiharkan menarik balik apa yang dia tulis di FB tempoh hari,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)