Mohamed Nazri  bacul dan pengampu Umno, kata GKCM

Mohamed Nazri bacul dan pengampu Umno, kata GKCM

 

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyerang balas kenyataan dibuat Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendesak Timbalan Presiden Umno meletakkan jawatan sebagai bacul dan pengampu kepada  Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Datuk Seri Mohamed Nazri AzizGabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyerang balas kenyataan dibuat Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendesak Timbalan Presiden Umno meletakkan jawatan sebagai bacul dan pengampu Presiden Umno Datuk Seri Mohd  Najib Razak.

GKCM menyatakan Menteri Pelancongan itu turut tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan untuk mengampu Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mana sebahagian ahli Umno dan rakyat turut menolak kepimpinan Perdana Menteri itu.

“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu presiden yang menanti masa untuk rebah.

“Nazri dengan segala kenaifan yang dimilikinya mengatakan bahawa dia akan mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin digantung jawatannya.

“Apa yang Nazri tuduh TSMY sudah melampau?

“Apa yang melampau dalam konteks selamatkan parti?

“Apalah kita harapkan daripada Nazri?,” ujar kenyataan dikeluarkan oleh Secretariat GKCM hari ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Port Dickson baru-baru iniSemalam Mohamed Nazri berkata terdapat bukti nyata yang menunjukkan Muhyiddin tidak bersama presiden, dan perbuatannya yang terus menyerang Presiden itu boleh dikenakan tindakan.

Kata Mohamed Nazri lagi jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi itu berkata demikian setelah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai oleh Peguam Negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam satu majlis anjuran GKCM di Port Dickson pada Sabtu lalu.

GKCM juga menyebut bahawa umum dan ahli parti mengetahui Mohamed Nazri antara menteri kabinet yang tersenarai dalam barisan menteri yang lemah di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Apabila Najib mengumumkan bahawa Nazri dilantik menjadi Menteri Pelancongan, semua menyangkakan ini merupakan satu senda gurauan.

“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai Menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan.

“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah Umno,” dakwa kenyataan itu.
Mohamed Nazri turut dikaitkan dengan sejarah yang pernah berlaku di zaman kegemilangan Empayar Rom yang musnah kerana amalan rasuah yang diamalkan dikalangan pembesar Istana.
Tindakan Mohamaed Nazri itu ujarnya sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu.

“Kebenaran tidak penting buat mereka. Mereka sudah tidak lagi segan kepada masyarakat yang melihat mereka dengan begitu jijik sekali.

“Nazri selama menjadi menteri memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Rekodnya mungkin merupakan ‘mediocre’. Apabila dia membuat serangan terhadap Muhyiddin, ramai yang memandangnya begitu mual.

“Katakan apa yang hendak dikatakannya, dia kini dilihat sebagai pengampu yang tiada tolok bandingnya.

“Selama ini ketua ketua cawangan dan ahli ahli Umno dipergunakan pemimpin macam Nazri untuk menjadi kaya dan hidup dalam segala kemewahan.

“Sama seperti suku kaum Goths, kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak. Kini kami bangkit untuk menentang ketidakadilan dalam Umno.” ujarnya kenyataan itu.

TAGS