Nazri dilantik Setiausaha Agung BN

Nazri dilantik Setiausaha Agung BN

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Pelantikan itu berkuatkuasa September lepas tetapi diumumkan hari ini oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung MIC.

Nazri berkata beliau diberikan jawatan tersebut kerana Presiden Umno mahu memiahkan agenda Umno dan BN.

“Jika setiausaha agung Umno juga memainkan peranan sebagai Setiausaha Agung BN, maka ia kelihatan seperti membawa agenda Umno.

“Ia perlu berbeza, jadi saya percaya sebab itulah Zahid melantik saya,” katanya sepert di lapor FMT.

Nazri mengambil alih peranan yang disandang Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang menjadi setia usaha agung BN sejak 2009.

Sebelum ini turut dilaporkan Zahid telah menawarkan kedudukan kepada Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tetapi bekas ketua Pemuda Umno itu menolaknya.

Nazri berkata beliau akan memperkukuh hubungan di antara parti komponen dalam BN dan dengan pihak lain.

COMMENTS

Wordpress (0)