Nazri sepatutnya jadi pendamai bukan timbulkan provokasi, bidas MT Umno

Nazri sepatutnya jadi pendamai bukan timbulkan provokasi, bidas MT Umno
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini membidas rakan partinya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana menimbulkan provokasi antara komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Dalan kenyataannya hari ini Abdul Rahman berkata, Nazri sebagai Setiausaha Agung BN sepatutnya seorang pendamai, seorang moderator dan seorang penimbang tara.

Datuk Seri Mohamed Nasri Aziz

“Bukannya seorang provokator  atau seorang antigonis!

“Dia mesti menjadi zon penampan bukan zon perang!,” tegasnya.

Kenyataan dibuat Abdul Rahman itu dipercayai merujuk kepada kemelut yang dihadapi antara komponen MCA dan MIC yang bersepakat untuk meninggalkan BN dan bercadang untuk meninggalkan perikatan itu  dan menubuhkan sebuah pakatan baharu.

Keputusan bersama dibuat Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran semalam, susulan dariaada kenyataan Mohamed Nazri  yang didakwa berbaur rasis baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu menegaskan, akibat kenyataan Ahli Parlimen Rengas itu hubungan mereka dengan Umno semakin ‘rosak’ kerana ucapan berbaur rasis yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno, itu ketika berkempen di Semenyih

MCA dan MIC juga tidak pernah mengiktiraf Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN sebelum ini.

Bagaimanapun semalam Nazri dalam reaksinya terhadap tindakan pemimpin MCA dan MIC berkeras mahu kedua-dua komponen parti itu keluar BN sekiranya mahu.