Nazri sokong pentadbiran Mahathir

Nazri sokong pentadbiran Mahathir

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, sokongannya itu berdasarkan rekod beliau sendiri sepanjang berada dalam bidang politik iaitu bersih daripada melawan atau menentang Perdana Menteri.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, sokongan tersebut disuarakan kerana masyarakat telah membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), justeru peluang wajar diberi kepada Perdana Menteri sekurang-kurangnya dua tahun.

“Tiada masalah, beliau Perdana Menteri saya dahulu. Saya tak pernah tinggalkan UMNO, beliau tinggalkan Umno tapi beliau sekarang Perdana Menteri, kita kena sokong, saya tiada rekod lawan Perdana Menteri.

“Selama 28 tahun saya berada dalam kerajaan, jadi selepas tempoh tersebut saya hendak membangkang kerajaan, agak susah melainkan mereka ada membuat kesalahan, lagipun saya memang tiada budaya menentang Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini, seperti dilapor Utusanonline.

COMMENTS

Wordpress (0)