Neelofa dilantik Pengarah Bebas bukan Eksekutif AirAsia

Neelofa dilantik Pengarah Bebas bukan Eksekutif AirAsia

Pelakon dan pengacara popular Neelofa dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif penerbangan tambang murah terkenal AirAsia.

Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan Neelofa yang juga seorang usahawan terkenal dengan jenama tudungnya Naelofar Hijab, itu bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki syarikat penerbangan itu untuk terus mengembangkan perniagaannya.

“Neelofa sangat bijak, muda dan berdikari, ciri-ciri yang kami perlukan untuk terus ke hadapan membantu syarikat antara yang paling berprestasi, dipercayai dan dihormati di dunia,” katanya.

Reputasi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor,28, sebagai ahli perniagaan wanita Malaysia yang terkedepan di bawah usia 30 tahun oleh Forbes Asia untuk menjadi inspirasi syarikatnya, kata Tony.

Dalam kenyataan sama, Neelofa berkata beliau amat gembira dengan cabaran baru sebagai warga AirAsia.

“Saya juga teruja dapat mewakili Gen Y dan wawasan kami dalam perniagaan ini. Terima kasih AirAsia, saya tidak sabar untuk terbang bersama,” katanya.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Aireen Omar dan K Tharumalingam daripada lembaga pengarah.

Pengunduran mereka bagi membolehkan lebih ramai pengarah bebas dilantik dan membolehkan mereka mengukuhkan lagi rancangan syarikat itu.

CATEGORIES