Malaysia Dateline

Negara gagal bagi pemahaman rakyat biasa

Bagi rakyat totok yang tidak baca ekonomi macam Mustapa Mohamed, negara gagal atau #kerajaangagal adalah apabila terjadi keadaan berikut:

i. Dulu ada kerja. Sekarang hilang kerja.

ii. Dulu ada pendapatan. Sekarang pendapatan kurang atau tidak ada langsung.

iii. Dulu boleh berdiri atas kaki sendiri bagi menyara anak bini. Sekarang kena bergantung kepada bantuan dan pemberian.

iv. Dulu kibar bendera Malaysia tanda kebanggaan. Sekarang kibar bendera putih minta pertolongan.

v. Dulu ada sikit-sikit simpan dan pelaburan. Sekarang simpanan hari tua sudah habis diguna.

vi. Dulu pilih kerajaan melalui pilihan raya. Sekarang kerajaan dibentuk melalui rampasan kuasa.

Nak bagi tahu orang cerdik bernama Mustapa dan yang sepemikiran dengannya bahawa kepada rakyat jelata, negara gagal tidak payah tunggu jadi macam Syria, Yemen atau Somalia.

Bagi orang ramai, negara gagal adalah dulu boleh cari makan dengan mudah tapi sekarang terpaksa bergantung kepada bantuan dan sedekah.

Sekian buat pengetahuan orang berkuasa yang hidup senang macam Mustapa dan “cohorts”nya.

Pesakit Covid-19 semakin ramai di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.