Malaysia Dateline

Negara rugi RM620.07 juta tahun 2020 kerana tidak patuh pengurusan kewangan

Kerajaan rugi RM620.07 juta pada tahun 2020 kerana ketidakpatuhan kementerian dan jabatan Persekutuan terhadap pengurusan kewangan.

Tindakan ini juga telah menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam sekaligus pembaziran wang kerajaan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata daripada Rm510.49 juta pembayaran tidak teratur, RM499.19 juta melibatkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyenggaran tanpa pengesahan di Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Memetik laporan Bernama, katanya daripada RM104.79 juta kerugian wang awam, RM81.69 juta merupakan penalti belum tuntut dan tidak dikenakan Jabatan Imigresen manakala pembaziran RM4.79 juta melibatkan peralatan lewat diterima dan tidak dipasang di Istana Negara.

Beliau berkata demikian berhubunbg laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Perekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, pengauditan pematuhan melibatkan sejumlah RM899.44 juta telah dilaksanakan terhadap tiga kementerian dan lima jabatan Persekutuan meliputi aspek pengurusan kontrak berjumlah RM772.40 juta, perolehan kerajaan (RM54.8 Juta) dan kutian hasil (RM72.24 juta).

Dalam penegasan perkara mengenai Penyata Kewangan Persekutuan beliau menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2020 berjumlah RM879.560 bilion atau 62.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).