Negara terus aman selagi ingat sejarah, pesan Dr Mahathir

Negara terus aman selagi ingat sejarah, pesan Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapa pun.

Bagaimanapun, ujarnya, walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan yang pertama pada tahun ini bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Jelasnya, sejarah perlu difahami supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara seterusnya membolehkan kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama.

Menurutnya, jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.

“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman.

“Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih antara semua kaum,” kata Dr Mahathir lagi.