Malaysia Dateline

Negeri banyak sumbangan kekayaan, paling dianaktirikan

Akhirnya isu tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas aset Malaysia hanya dibenarkan dibincang ahli Parlimen di hotel Sari Pacific dan bukan di Parlimen semalam.

Tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas aset Petronas berkaitan isu Sabah telah membuka luas mata rakyat tentang sikap serta kelemahan pihak kerajaan Malaysia hari ini terhadap Sabah.

Kalau ini boleh berlaku keatas Sabah, yang kaya dengan sumber asli, perkara sama juga mungkin boleh berlaku kepada Negeri Terengganu dan Kelantan, yang kaya dengan minyak dan gas serta pernah menjadi sebahagian dari kerajaan di Selatan Siam.

Dengan sikap cuai serta acuh tak acuh kerajaan Malaysia hari ini hanya banyak mengutamakan hasil bumi yang dapat dikaut dari negeri negerinya, perkara ini tidak mustahil.

Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Najib telah menghentikan bayaran mengikut perjanjian kepada pihak kesultanan Sulu sebanyak RM5,300 setahun pada 2013 selepas serangan keatas Lahad Datu kerana Najib marah.
Tetapi ianya tidak mengikut lunas perundangan.

Jumlah RM5,300 setahun yang di hentikan mungkin tidak cukup pun untuk membeli sehelai baju berjenama seperti dipakai oleh Perdana Menteri atau para Menteri kita hari ini,tetapi tindakan Najib telah menimbulkan masalah tuntutan besar berpuluh billion ringgit keatas Malaysia di seluruh dunia.

Pelanggaran perjanjian Sulu menunjukkan sikap buruk Malaysia tidak menghormati perjanjian antarabangsa seperti juga pelanggaran perjanjian pekerja asing Indonesia yang ditandatangani baru baru ini yang ditegur keras oleh Duta Indonesia. Pelanggaran tersebut lebih memudaratkan lagi ekonomi Malaysia.

Sikap suka melanggar perjanjian dengan negara jiran sewenang wenangnya menunjukkan sikap kerajaan yang cuba menjadi “jaguh kampung” atau seperti “samseng Kampung Dusun” dalam filem P. Ramlee, Seniman Bujang Lapok, tetapi tersalah tempat diluar negara.

Kerana kerajaan sering tidak mengikut peraturan sendiri dalam negara atau mempraktikkan budaya undang undang antara dua darjat, pemerintah Malaysia lupa Waris Kesultanan Sulu dan Indonesia bukan dibawah jajahan takluk atau sebahagian dari Malaysia.

Indonesia negara berdaulat yang bergerak lebih maju dari kita hari ini dari banyak aspek tetapi kita berlagak sombong.

Bekas Menteri Luar Malaysia Anifah Aman bersama puluhan ahli Parlimen lain turut mendesak isu tuntutan Sulu di bincang di Dewan Parlimen tapi ini diremehkan.

Apa yang berlaku, kerajaan cadang mengadakan perjumpaan “tertutup” di hotel 5 Bintang – Hotel Seri Pacific untuk ahli ahli Parlimen!

Ini adalah perbincangan cara budaya pintu belakang oleh memang “KERAJAAN PINTU BELAKANG”.

Sikap sebegini akan membuat negara kita dicemuh dan tidak dihormati dunia.

Sikap tabiat suka melanggar perjanjian dengan sesama negeri dalam Malaysia telah diamalkan dalam isu perjanjian Royalti minyak dan gas termasuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Serawak yang dibatalkan lebih 20 tahun dahulu walaupun Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dengan Petronas dan juga mantan Menteri Kewangan dari Umno-BN membantah.

Setelah kerajaan Pakatan Harapan mengembalikan Royalti pada tahun 2019 kepada Terengganu dan Kelantan, Kerajaan sedia ada hari ini sekali lagi membatalkan Royalti pada 2021.

Yang mengejutkan lagi Parti Pas yang dahulu berdegar degar berceramah tuntut Royalti, membisu seribu bahasa seperti tikus jatuh kedalam beras, walaupun Terengganu dan Kelantan negeri Pas yang 97% terdiri rakyat Islam Melayu .

Menteri dan Senator Pas lebih menjaga kedudukan diri dalam kerajaan dari kepentingan rakyat.

Kesimpulannya Kerajaan hari ini banyak pentingkan mengutip hasil kejayaan negeri tetapi mengabaikan nasib harian sedih rakyat negeri berkenaan yang di anak tirikan.

Mesej sebenar filem Mat Kilau tidak difahami kerajaan kerana “penjajahan” dan salah guna kuasa keatas rakyat sendiri masih dilakukan di mana hasil bumi tidak banyak menguntungkan orang tempatan.

Kerajaan hari ini terlalu biasa memperalatkan undang undang dalam negara bukan untuk mencapai keadilan perjanjian tetapi untuk agenda sendiri dan kuncu kuncunya.

Dalam situasi sikap angkuh hari ini, amat berbahaya kepada negara apabila kerajaan melanggar dan tidak mengendah perjanjian antarabangsa.

Tidak ada mahkamah antarabangsa hendak mendengar dan melayan karenah sikap purba kerajaan Malaysia ala jaguh kampung yang terlalu lama dan biasa salah guna kuasa membuli rakyat di negara sendiri.

Malaysia akan terus berhadapan masalah lain terutamanya dipentas antarabangsa dengan sikap purba mereka.

Ini akan membawa Malaysia kearah kehancuran memasuki era persaingan serba canggih serta maju dengan pemimpin bersikap kuno dan angkuh kurang ilmu tinggi yang diperlukan.