Malaysia Dateline

Negeri Sembilan beralih ke tangan PH

Walaupun keputusan rasmi belum dibuat namun Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan telah mengumumkan negeri itu akan berpindah tangan kepada sebuah kerajaan negeri baharu..

PH malam ini mengumumkan keputusan tidak rasmi pada jam 10.30 malam tadi memperoleh 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)

Kerusi-kerusi yang dimenangi sebanyak 11 kerusi DAP, 5 PKR dan 3 AMANAH.

PH Negeri Sembilan turut mempertahankan lima kerusi Parlimen di Seremban, Rasah, Port Dickson dan Kuala Pilah.

“Kejayaan ini adalah kejayaan rakyat di Negeri Sembilan. Ini tsunami bersama untuk semua rakyat yang menjadi kenyataan.

“Walaupun kita merasa sedikit kecewa kerana rakan yang kalah kecil (jumlah undi) di Linggi sebanyak 70 undi, Juasih dan Gemenchih lebih 200 sahaja,” ujarnya dalam sidang media diadakan malam tadi.

Kerusi yang dimenangi PKR di Segamat, Ampangan,Kuang, Sri Tanjung dan Nilam.

AMANAH pula di Paroi, Kelawang dan Lenggeng.

DAP mempertahankan semua 11 kerusi ditandingi pada PRU13 lalu di Lebak,Nilai,Temiang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut, Bukit Kepayan, Mambau dan tiga lagi kerusi.

Anthony Loke pula berkata, keyakinan PH Negeri Sembilan mengambil alih kerajaan negeri daripada BN bersandarkan kepada keputusan yang dikeluarkan oleh ketua tempat mengundi di pusat penjumlahan undi.

“Kita pasti bahawa apa yang kita umumkan ini Keputusan yang dikeluarkan daripada borang rasmi ketua tempat undi dariapda setiap saluran kita ada penjumlahan melalui borang 14 keputusan rasmi sebab kita berkeyakinan apa yang kita umum keputusan amat tepat.

“Cuma penjumlahan undi rasmi dan pengumumkan siapa calon ang menang dikawasan masing-masing perlu dilakukan oleh Ketua
Setiausaha.

“Semua agen kita telah mengumpulankan borang 14 dan kita yakin di setiap saluran apa yang kita umumkan ini adalah borang rasmi
yang dikeluarkan oleh setiap saluran.

“Seprti yang dijanjikan kita tetap menyokong seorang calon Melayu beragama Islam untuk diangkat sebagai menteri besar. Bersesuaian dengan undang-undang tubuh negeri yang mensyaratkan MB seorang Melayu beragama Islam.

“Kita akan menyokong penh mana-mana calon. siapa calonnya akan dibincang dengan pucuk pimpinan PH,” ujarnya.