Malaysia Dateline

Negeri Sembilan catat pelaburan RM1.6 bln dari tempoh Jan-Jun 2018

Negeri Sembilan merekodkan jumlah pelaburan RM1.6 bilion sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata jumlah itu melibatkan 20 projek dengan RM1.1 bilion merupakan sumbangan pelaburan asing, manakala RM500,000 lagi merupakan pelaburan tempatan.

“Menerusi 20 projek yang diluluskan itu, ia bakal membuka 1,661 peluang pekerjaan di Negeri Sembilan,” katanya ketika menjawab soalan lisan P. Gunasekaran (PH-Seremban Jaya) pada persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Mohamad Rafie yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata pada masa yang sama kerajaan negeri sedang meneliti permohonan daripada beberapa pelabur baharu tempatan dan luar negara yang berminat untuk menjalankan perusahaan di negeri ini.

— BERNAMA