NEKMAT yakin MOA akan perincikan agihan peruntukan subsidi bersasar nelayan

NEKMAT yakin MOA akan perincikan agihan peruntukan subsidi bersasar nelayan
Pengerusi NEKMAT Abdul Hamid Bahari

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berharap peruntukan sebanyak RM98.5juta Insentif Bersasar Nelayan yang diberikan kepada Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) dalam Belanjawan 2019 dapat diperincikan kepada nelayan secara holistik.

Pengerusinya Abdul Hamid Bahari berkata, Nelayan seluruh negara masih menanti-nanti status Elaun Sara Hidup (ESH) Nelayan sama ada diteruskan pada tahun hadapan atau sebaliknya.

“NEKMAT percaya pihak Kementerian yang membela nasib nelayan diseluruh negara akan memperincikan mengenai status ESH ini.

“Pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)telah melaksanakan pembayaran elaun sara hidup nelayan kepada 48,141 nelayan di seluruh negara.

“Perkara ini dipertimbangkan kerana kebiasaannya pendapatan bulanan nelayan
agak kecil,justeru dengan adanya elaun sara hidup nelayan ini,golongan tersebut dapat memenuhi keperluan harian sekeluarga,” ujarnya dalam kenyataan.

Tambahan beliau,Elaun Sara Hidup Nelayan masih diperlukan oleh nelayan kerana;
1) Majoriti nelayan di Malaysia masih hidup dibawah paras kemiskinan;
2) Nelayan ini terlibat dengan pekerjaan berisiko tinggidengan hasil yang tidak menentu;
3) Andaikata pendapatan nelayan masih rendah,dikhuatiri nelayan akan berubah kepada pekerjaan lain dan ini akan menjejaskan industri perikanan Negara;
4) Sebelum ini sebanyak RM100 daripada ESHN diperuntukan untuk bayaran Insuran Nelayan yang turun ke laut.
5) Dalam memberi Jaminan Bekalan Makanan (Food Security), nelayan adalah pembekal utama sumber protein Negara.

Ujar beliau lagi, Nelayan juga sedang menanti status Subsidi Diesel dan Petrol untuk nelayan.

“Sebanyak 70% kos tangkapan ikan adalah daripada diesel dan petrol untuk bot tangkapan ikan. NEKMAT juga pasti perkara ini sedang dalam perincian pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata NEKMAT mempunyai tanggungjawab terhadap ahlinya (nelayan) diseluruh negara.

“Dengan pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini,NEKMAT yang mewakili suara nelayan diseluruh Malaysia berharap Elaun Sara Hidup Nelayan ini diteruskan,” ujarnya.

NEKMAT mewakili 102 buah Persatuan Nelayan merangkumi 89 Persatuan Nelayan Kawasan, 13 Persatuan Nelayan Negeri .

Seramai 200 pegawai pengurus, nelayan kawasan dan negeri bergambar kenangan bersama Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil ketika hadir dalam Majlis Perasmian Penutup Persidangan Persatuan Nelayan yang diadakan semalam di sebuah hotel di ibu negara. -Foto: Syafiq Iskandar.

COMMENTS