Nelayan tetap dapat elaun walau sekarang kerajaan PH

Meskipun kerajaan telah bertukar, elaun sara hidup nelayan tetap disalurkan setiap bulan seperti kelazimannya tanpa sebarang perubahan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, pihaknya telah bertindak segera ekoran adanya aduan nelayan yang masih belum menerima elaun sara hidup.

“Malam tadi saya terima aduan, ada nelayan masih belum terima elaun sara hidup dan siasatan segera terus dijalankan.

“Saya ingin nyatakan di sini, semua elaun sara hidup nelayan telah dimasukkan 11 Jun lalu.

“Maknanya tiada isu tukar kerajaan, tiada elaun sara hidup,” jelasnya pada sidang media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kementeriannya komited membangunkan sektor agropelancongan yang mendapat dana mencecah RM3 juta dalam Bajet 2018.

“Saya telah lihat semua peruntukan yang ada, ia menjadi iltizam saya bahawa apa yang ada ini kita ‘deliver’ (laksanakan) dengan cepat, tiada kerenah birokrasi.

“Saya wujudkan ‘fast track’ dalam ‘delivery system’ supaya ia sampai cepat kepada golongan sasar,” jaminnya.

Jelasnya lagi, perbincangan akan dibuat dengan kementerian berkaitan sebagai satu langkah bersepadu bagi menjadikan agropelancongan sebagai sektor yang penting.

4.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 8.0
CATEGORIES