Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Nenek sah positif koronavirus kurang sihat selepas 10 hari duduk semeja dengan menantu

Nenek sah positif koronavirus kurang sihat selepas 10 hari duduk semeja dengan menantu

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 9, 2020 5:05 pm




Seorang wanita warga emas dipercayai dijangkiti koronavirus baharu (2019-nCoV) semasa sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama ahli keluarga lain pada 26, 27 dan 28 Januari lalu.

Wanita warganegara Malaysia berusia 65 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China itu disahkan positif 2019-nCoV hari ini dan ia adalah kes kelima membabitkan warga tempatan.

Beliau mempunyai kontak langsung dengan kes indeks kesembilan semasa duduk semeja bagi beberapa jamuan makan sempena sambutan perayaan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu mempunyai beberapa penyakit kronik sedia ada seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, lumpuh separuh badan, seorang pesakit jantung yang menggunakan perentak jantung (pacemaker) serta mengalami pergerakan terhad.

“Dia adalah ibu mentua kepada kes warganegara Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari lalu (iaitu kes kesembilan),” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, pertambahan satu kes lagi ke pusat Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menjadikan 17 kes positif dilaporkan setakat ini dan 12 daripadanya warga China.

Jelasnya, wanita tersebut memaklumkan hanya berada di rumah sepanjang 29 Januari hingga 4 Februari.

“Pada 5 Februari, beliau mengadu kurang sihat iaitu mengalami pening kepala, berpeluh dan tidak bermaya, tetapi tiada demam.

“Dia seterusnya dibawa untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di satu hospital swasta.

“Sejurus selepas itu, dia dibenarkan pulang ke rumah dengan temujanji susulan pada 7 Februari,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, sebaik sahaja menantu wanita tersebut iaitu kes indeks kesembilan dikesan positif 2019-nCoV, dia dijejaki Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Sebagai sebahagian daripada aktiviti siasatan, sampel diambil daripada wanita itu dan ahli keluarga yang lain.

“Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya dilaporkan positif pada 8 Februari, manakala bagi lain-lain ahli keluarganya adalah negatif.

“Wanita itu dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Aktiviti pengesanan kontak, tambah Dr Noor Hisham lagi, masih dijalankan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production