Netflix bakal tayang dokumentari MH370 selepas 9 tahun hilang tanpa petunjuk

Oleh KIM SYAZIE

Netflix kini dilaporkan bakal menayangkan dokumentari khas berkenaan tragedi pesawat MH370 yang hilang tanpa petunjuk sejak 2014.

Bersempena dengan 9 tahun tragedi menyayat hati itu, dokumentari MH370: The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan pada 8 Mac depan iaitu tarikh pesawat itu hilang dari radar.

Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared bakal membawa komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasatan yang masih terus mencari jawapan atas kehilangan pesawat milik Malaysia itu.

Netflix

Episod pertama akan membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.

Episod kedua bakal menampilkan beberapa pakar yang akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas.

Netflix

Tragedi MH17 menyebabkan Malaysia menjadi perhatian dunia, selepas empat bulan kehilangan MH370. Tragedi itu mengorbankan 298 nyawa insan yang tidak berdosa.

Sementara episod ketiga pula bakal memaparkan penemuan serpihan besar dipercayai milik MH370 yang hanyut di lautan di Timur Afrika.

Sehingga kini, MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.

Seperti dilaporkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pakar lain, serpihan sayap pesawat disahkan milik MH370, namun sesetengah wartawan dan ahli keluarga mangsa masih skeptikal dengan penemuan berkenaan.

Baca juga: “Hari pertama letih jugalah”, 4 jam ‘on-air’ jadi budak radio, Khairy ‘respect’ kerja DJ