Malaysia Dateline

Netizen berdebat tengok lori pandu di lorong kanan, siap bagi ‘high beam’ suruh kereta beralih!

Fungsi lorong di lebuh-lebuh raya masih gagal difahami oleh kebanyakan pemandu membuatkan kita terbiasa melihat lorong paling kiri selalu lengang manakala lorong paling kanan penuh dengan kereta.

Dalam kes ini, dapat juga dilihat masih banyak pemandu kenderaan berat yang berdegil memandu di lorong paling kanan walaupun ianya tidak dibenarkan.

Seperti rakaman papan pemuka (dashcam) yang tular baru-baru ini, sebuah lori dilihat memandu dengan sangat laju dan berbahaya di lorong kanan.

Apa yang membangkitkan kebimbangan adalah lori berkenaan memberi high beam kepada kenderaan di hadapan supaya beralih.

Namun pemilik dashcam tidak menghiraukan amaran lampu tinggi itu kerana menganggap lorong paling kanan bukan untuk lori.

Gambar kedua: Lori memberi lampu tinggi

Situasi itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet yang kebanyakannya meminta pemandu kereta beralah jika berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Mereka berkata, ia adalah lebih baik berbanding jika terpaksa berhadapan dengan risiko dilanggar oleh lori.

Bagaimanapun ada yang membangkang pendapat itu mengatakan salah tetap salah dan lori berkenaan tidak sepatutnya berada di lorong kanan.

Selain itu mereka turut mengkritik pemandu lori tersebut kerana seandainya berlaku kejadian tidak diingini, rakyat pasti disajikan dengan jawapan cliche iaitu ‘ada masalah pada brek’.

Rakaman tersebut ada dimuatnaik di Facebook Sukan Star Tv.

Untuk pengetahuan, lorong kanan lebuh raya adalah laluan memotong bagi kenderaan ringan, manakala lorong tengah untuk kenderaan berat memotong atau kenderaan ringan bergerak laju.

Lorong paling kiri pula adalah lorong perlahan yang juga merupakan laluan kenderaan berat, manakala lorong kecemasan adalah laluan penyelenggaraan lebuh raya, penguatkuasa dan bantuan semasa kemalangan.

Baca juga: Peniaga mengeluh stok telur payah nak dapat, kena beli ikut ‘pintu belakang’ jika nak telur sepapan

Baca juga: Pemandu ini berkongsi rezeki, lain macam caranya….