Malaysia Dateline

Netizen dakwa Najib jaja gambar bersama TMJ untuk beli undi Umno

Netizen menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mula menjaja gambarnya bersama DYMM Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan Isteri sebagai senjata politik Umno bagi membeli keyakinan pengundi untuk mengundi Umno di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Ini perkara biasa kerana Najib sedar bangsa Johor sangat taat dengan institusi kesultanan mereka. Ini namanya Najib terdesak.

“Dengan bergambar begini Najib rasakan rakyat akan tunduk dan undi Umno lagi,” kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Pak Lang Mat.

Kata beliau, sebenarnya ini adalah penghinaan minda kelas pertama Najib lakukan terhadap pengundi Johor.

Jelasnya Najib merupakan pesalah yang sudah dihukum kerana salah guna kuasa dan menyamun wang rakyat, dengan menjaja gambar sebegini Najib seolah-olah menyamun minda rakyat menggunakan TMJ sebagai promosi untuk Umno.

Beliau berkatam TMJ tidak bersalah di dalam hal ini namun cara Najib menjaja gambar ini tindakan amat terlalu terdesak umno.

“Rakyat akan undi sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, mereka yakin dan percaya mampu menggalas amanah rakyat Johor

“Politik adalah asas bangkit atau jatuhnya sesebuah kerajaan. Johor adalah negeri makmur dan Umno mahu berkuasa di Johor kerana Johor mampu dijadikan banker kepada mereka.

“Sifir mudahnya pernah anda jumpa pemimpin umno tidak jadi jutawan? Tepuk kepala cari jawapannya.

“Daulat Tuanku Mahkota. Semoga Tuanku sedar gambar Tuanku dijaja sebagai promosi Umno oleh Najib atas kesempatan hubungan Tuanku dan rakyat yang sangat disayangj rakyat Johor.

“Mengheret Tuanku sebagai modal promosi politik adalah satu penghinaan oleh Najib terhadap rakyat Johor. Sangat biadap,” katanya.