Netizen mengimbau semula bagaimana pengorbanan seorang bapa dari kerabat diraja Terengganu suatu ketika dahulu redah laut menyelamatkan dua anaknya demi akidah mereka.
Kisah ini berlaku pada tahun 1992, di mana kerabat diraja Terengganu itu mengejutkan dunia apabila beliau melarikan dua orang anaknya, Raja Shahirah dan Raja Mohammed Baharuddin daripada bekas isteri, Jacqueline Pascarl di Australia demi akidah kedua-dua orang anaknya itu.
Raja Kamarul Bahrin ketika itu meredah laut menaiki bot dari Australia ketika mengambil pulang dua anaknya daripada bekas isterinya, pada 1992 ketika mereka berusia tujuh dan sembilan tahun.
Tindakan itu diambil bagi menyelamatkan akidah dua anaknya berikutan tindakan Pascarl-Gillespie yang dikatakan cuba menukar agama Iddin dan Shahirah tetapi bekas isterinya menuduh Raja Kamarul Bahrin menculik anak mereka.
Isu itu mencetuskan ketegangan diplomatik antara Australia dengan Malaysia berikutan permintaan Canberra supaya kerabat diraja Terengganu itu diekstradisi ditolak Kuala Lumpur pada November 1993.
Kisah Raja Kamarul Bahrin mengambil dua anaknya daripada bekas isterinya, itu kembali mendapat perhatian media Australia apabila Shahirah bertemu semula dengan ibunya selepas 14 tahun.
Pertemuan Shahirah dengan ibunya di Melbourne yang mendapat liputan meluas media negara berkenaan, diatur sebagai memenuhi janji Raja Kamarul Bahrin kepada bekas isterinya itu tetapi Iddin tiada bersamanya ketika itu.
Perkongsian kisah Raja Bahrin itu dibangkitkan semula oleh Facebook Oh Media yang turut menerima lebih 1.4k komen dan 990 perkongsian.
Rata-rata netizen terharu dengan pengorbanan Raja Bahrin yang bermati-matian untuk menyelamatkan bagi mengelakkan anaknya terpesong akidah.
Dalam pada itu juga Raja Bahrin berkongsi hantaran Oh Media dengan memaklumkan kisahnya telah dicoretkan dalam sebuah buku bertajuk “The Raja Bahrin Story” sebagai memoir ingatan kepada peristiwa yang penuh cabaran ini.
“Terima kasih kongsi kisah lama ini,” komen Raja Bahrin di FB Oh Media.
Menyelongkar komen-komen netizen ada yang mendedahkan pernah satu sekolah dengan anak-anak Raja Bahrin di mana mereka diiringi pengawal keselamatan sepanjang berada di sekolah.
“Makan pun dengan ‘bodyguard’,” kata salah seorang netizen.
“Sy darjah 5 masa ni..masih segar lagi dlm ingatan tentang peristiwa tergempar Malaysia ni..kami sefamily x miss follow kisah ni masa tu..xsilap Raja Bahrain menyelinap dalam kapal laut & train masa operasi tu…. alhamdulillah semua selamat dan berjaya..Kami Rakyat Malaysia amat bangga dgn usaha hebat Raja Bahrain demi selamatkan Aqidah Ank2..,”komen Adn Muhamad.
“Anggota UTK yg menjaga mereka semasa kejadian.Salah seorang anggota itu ayah saya,” kata Mohd Muzafar Abd Halim.
“Bapa yang baik,”komen Lin Da.
Ramai yang mula menyembang siapa sebenarnya Raja Bahrin ini, sehinggakan ada yang mengatakan beliau adalah seorang arkitek tersohor di Terengganu, dari kisah stadium yang runtuh sehinggalah membawa kepada kempen PRU15 di mana dia adalah calon Harapan di Kuala Terengganu PRU ini.
Baca juga: Nampak sangat Zahid tergesa-gesa-Calon BN Pengkalan Chepa didakwa doktor palsu tak habis belajar
Baca juga: Lelaki ini baru tahu dia ada bakat ‘luar biasa’ lepas sedar daripada koma