Netizen Indonesia mengatakan Malaysia kini menjadi kekuatan baru di dunia digital setelah berjaya mengikat pelaburan besar dari syarikat teknologi gergasi, mengalahkan negara mereka sendiri
Akaun TikTok milik seorang netizen Indo menyatakan rasa tidak puas hati bagaimana Malaysia dengan waktu yang pendek boleh meraih berbilion ringgit pelaburan untuk membina pusat kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.
“Malaysia naik level, Indonesia masih sibuk debat hal tidak penting.
“Malaysia, negara yang dahulu kita fikir biasa aja sekarang sudah jadi pusat kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor di Asia Tenggara.
“Anda rasa siapa yang dapat pelaburan terbesar di sektor teknologi sekarang? Bukan Indonesia tapi Malaysia,” kata akaun TikTok Predator Predator97.
Ia menyenaraikan beberapa syarikat teknologi yang menyatakan komitmen pelaburan di Malaysia antaranya Firma teknologi utama, Nvidia yang bekerjasama dengan YTL untuk melabur RM20 bilion ke negara ini.
Google melabur RM9.4 bilion untuk membangunkan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google.
Microsoft pula mengumumkan pelaburan sebanyak RM10.5 bilion dalam AI dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia, untuk tempoh empat tahun akan datang.
Pemilik Tiktok, ByteDance merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab AI dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
Dengan jumlah populasi di Indonesia yang terbesar di Asia Tenggara dan penduduknya adalah pengguna Apple terbesar, netizen Indonesia hairan mengapa syarikat teknologi tidak berminat melabur di sana.
Katanya, ini disebabkan kerenah birokrasi yang terlalu leceh sehinggakan memohon kelulusan untuk membuka perusahaan sahaja makan masa berbulan-bulan lamanya.
Tidak seperti Malaysia, “diam-diam” kaut semua pelaburan yang berpotensi.
“Kenapa ada yang tidak mahu melabur di sini. Jawapannya senang. Indonesia terlalu ribet (leceh). Birokrasi terlalu menyusahkan. Mahu buka perusahaan aja, ngurus izin bisa makan waktu berbulan-bulan. Korupsi masih gila-gilaan dan peraturan berubah terus.
“Sementara Malaysia mereka diam diam sahaja tak banyak cakap langsung kaut semua pelabur dari Amerika, China, Eropah. Beza sangat dari kita yang cuma uar-uarkan di media tapi hujungnya tak dapat apa apa,” katanya.
Baca juga: Teringin nak makan sambal goreng garing? Wanita kongsi resipi, boleh tahan sampai sebulan