Netizen hari ini mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya memakai baju batik atau suit semasa jumpa ketua kerajaan lain termasuk Perdana Menteri Singapura.
Bagaimanpun netizen sempat mencari jenama baju yang dipakai dalam pertemuan santai beliau bersama Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong di Tokyo semalam.
Ada juga netizen menyangka baju yang dipakai Ismail berjenama anak menantunya, sangkaan meleset ia merupakan jenama luar negara.
Kerja keras netizen tidak menghampakan apabila menunjukkan baju itu berjenama Burberry dan siap dengan harga RM5,500.
“Kalau hang tolong pomot tenun Pahang tu pun takpa.. or batik.. yg ni???” soal netizen.
“Lebih elok pakai suit atau baju batik kalau jumpa ketua kerajaan negara lain tapi itulah kalau menantu orang fesyen hahaha,” tulis admin Jom Shopping.
“Cantiknya baju PM macam pergi fesyen show di pantai,”tulis Nga Kor Ming.
Dalam pada itu, Twitter Netflix Malaysia yang sedang mempromosi siri rancangan ‘Stranger Things’ telah memuatnaik satu video pendek daripada salah seorang pelakon yang turut memakai baju corak yang sama seperti baju Ismail Sabri.
Netflix Malaysia memuat naik video interview pelakon terbabit iaitu Caleb McLaughlin pada 12 tengah hari tadi, Ismail memakai baju yang hampir serupa semalam ketika berjumpa PM Singapura.
Menurut Netflix rancangan Stranger Things yang menjadi kegilaan orang muda hari ini akan disiarkan bermula esok.
“@ismailsabri60 now this is a dude that can actually pull off the shirt. not u ya…” tweet chrystianTeh
Ada juga pemilik Twitter menyifatkan Ismail Sabri mengikuti ‘trend’ dan ada yang mula membandingkan siapa yang lebih bagus mengenakan baju tersebut.
Terdahulu, Ismail Sabri berbincang dengan PM Singapura tentang pemukiman antara kepimpinan tertinggi Malaysia-Singapura pada akhir September atau awal Oktober di mana Singapura akan menjadi tuan rumah tahun ini.
Katanya, Singapura bukan sahaja bersempadan namun mempunyai hubungan sejarah yang panjang dan rapat.
“Saya dan TYT Lee Hsien Loong juga dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama Persidangan Nikkei pada pagi esok (hari ini), bersama ketua-ketua negara yang lain,” kata beliau.
Baca juga: AJK Masjid halau sebab tak bawa sejadah dan bawa anak-anak