Netizen risau lihat video tular campur lelaki dan perempuan solat dalam satu saf, JAKIM tampil perjelas isu sebenar

Oleh MAISARAH AISYA

Tular satu video yang memaparkan jemaah bersolat dan di hujung saf ada bercampur lelaki dan perempuan.

Rupanya mereka bukanlah perempuan dari lahir tetapi lelaki yang memakai pakaian wanita dan dalam proses berhijrah semula.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM menerusi Facebook tampil memperjelas isu sebenar di sebalik video yang tular.

Video tersebut dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highland.

Tangkap layar daripada video yang tular.

Program tersebut adalah anjuran bersama JAKIM, UIA, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan IPT lain.

“Pesertanya adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya,” ujar hantaran tersebut.

Jakim turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat golongan ini kerana proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa.

Baca juga: Pasangan warga emas buat GrabFood sekali, netizen pula sayu lihat orang dah berusia masih bekerja