Netizen risau tengok Puteri Sarah dah berani tayang leher, harap tak berubah selepas krisis

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana kembali menjadi perbincangan hangat setelah memuat naik satu gambar di laman media sosial.

Bergambar dengan gaya mencangkung, orang ramai mula mempersoalkan perilaku serta penampilan isteri pengarah, Syamsul Yusof itu.

Disamakan dengan madunya, Ira Kazar, peminat Puteri Sarah juga mula khuatir apabila gaya hijab yang dipakai mendedahkan sebahagian leher wanita itu.

Dikenali sebagai pelakon muslimah, tudung ala ‘turban’ yang digayakan Sarah telah memperlihatkan aurat yang sepatutnya ditutupi.

Sudah sedia cantik di mata peminat, ramai yang berharap agar pelakon berusia 38 tahun itu tidak menukar penampilannya.

“Harap Sarah tak berubah dari segi penampilan. Kekalkan cara yang sedia ada. Walau apapun, penampilan Sarah tetap cantik.

“Tapi berhati-hati dalam pemakaian, jangan sampai ada yang mengecam,” tulis peminat di ruangan komen gambar yang dimuat naik Sarah.

Tampil membela diri, Sarah enggan mengakui dakwaan orang ramai bahawa gaya mencangkung itu meniru ‘pose’ Ira Kazar.

Namun, wanita itu mengakui bahawa dirinya sering memakai hijab ala ‘turban’ dengan menggunakan selendang bersama topi.

“Saya memang selalu pakai selendang dengan topi,” balas Puteri Sarah yang cuba menenangkan hati peminatnya.

Semoga Puteri Sarah beristiqamah dalam menutup aurah dan sama-samalah kita berdoa agar wanita itu kuat menempuh dugaannya.

Baca juga: Rupanya TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion ini