Malaysia Dateline

Netizen sebak, anjing cium anggota ATM buat kali terakhir kerana akan bersara tidak lama lagi

Gambar seekor anjing Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang mencium dan dipeluk erat seorang anggota tentera mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Difahamkan hari ini adalah khidmat terakhir anjing Tentera Darat Malaysia bersama tuannya kerana akan bersara tidak lama lagi.

Anjing yang bernama Loki dilihat mencium tuannya Micro Junior yang bakal meninggalkan pasukan tentera kerana tempoh perkhidmatan beliau akan berakhir.

Netizen sebak, anjing cium anggota ATM buat kali terakhir kerana akan bersara tidak lama lagi

Dan pada perarakan Hari Kebangsaan 2022 kelmarin merupakan hari terakhir Loki berarak dan berbaris bersama-sama tuannya.

Rata-rata netizen menitis air mata melihat kasih sayang anjing dan tuannya yang bakal berpisah tidak lama lagi.

“Loki bakal bersama tuan barunya selepas ini, namun sudah pasti ia takkan sama lagi walaupun patah tumbuh hilang berganti..,” kata netizen.

Netizen sebak, anjing cium anggota ATM buat kali terakhir kerana akan bersara tidak lama lagi
anjing tentera 3

Klip video mereka berdua dikongsi oleh admin Facebook Panggilan Pertiwi.

“SubhanAllah..sedey sangat ..Saya x boleh baca kisah kisah haiwan..agak tercuit perasaan..haiwan kan sangat setia dlm hubungan persahabatan..nmpk tepi jln pun rasa kesian, komen Ainun Amelia Junita II.

“Anjing adalah seekor binatang yang sangat setia..sedihnya tengok moment ni,” komen Dila Ila.

‘kita pulak rasa sedih bila dia kata kami akn berpisah,”kata Aen Nachwa sambil meletakkan emoji menangis.

“Terbaik.. Sedih pulakku melihat video ini.. Tabik spring utk Tuan n anjing bernama Loki.. Semoga sentiasa sihat dan maju jaya…,” komen Kardik SK.

Netizen juga tidak melupakan ucapan ribuan terima kasih kepada Micro Junior atas khidmat yang telah disumbangkan kepada negara selama ini.

Baca juga: Bunuh rakan senegara, tukang cuci dihadapkan ke mahkamah