Malaysia Dateline

Netizen sebak tengok rakaman bapa menangis tersesak-esak lepas gagal selamatkan anak dibaham buaya

Satu rakaman menyayat hati berlegar di media sosial menunjukkan keadaan seorang bapa yang cedera sambil menangis teresak-esak melihat anak sendiri dibaham buaya.

Kejadian yang berlaku di Lahad Datu itu berlaku ketika kanak-kanak lelaki berusia setahun dikatakan mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin pagi tadi.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan cuba menyelamatkan anaknya sehingga cedera dibeberapa bahagian badan dan kepala, namun gagal apabila anaknya dibawa oleh buaya tersebut.

Menerusi video yang dikongsi orang awam, dapat dilihat seekor buaya sedang membaham seorang anak kecil yang sepertinya sudah tidak bernyawa.

Dalam video lain yang tular, ramai sebak melihat si bapa yang terlalu sedih sampai terduduk dan menangis teresak-esak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.

Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian.

Baca juga: Tak puas hati gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar selepas keluar dari kandang mahkamah

Baca juga: Mayat wanita ditemui tersangkut di tingkat 20 kondominium