Fazura menjadi bualan pengguna media sosial selepas buat pertama kali mempamerkan bakat nyanyiannya ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan temu bual di Jakarta, Indonesia.
Fazura baru sahaja melancarkan lagu baharu di YouTube berjudul Bertahan Demi Cinta dan membuat persembahan single terbaharunya ketika siaran langsung program tersebut.
Bagaimanapun kemunculan sulungnya tidak mendapat sambutan yang baik.
Vokalnya dikritik dengan rata-rata berpendapat lebih baik Fazura fokus pada karier sebagai usahawan dan seorang pelakon.
Malah ada juga membandingkan dengan vokal Ira Kazar yang dianggap jauh lebih mantap.
Pun begitu tidak boleh dinafikan ramai yang kasihan melihat Fazura kerana aktres itu sehingga kini tidak membicarakan apa-apa perihal rumahtangganya selepas dia berpisah.
Sementara itu dalam temu bual sama, Fazura mendedahkan tidak menyesal mengakhiri hubungan dengan bekas suaminya, Fattah Amin selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Fazura dan Fattah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Baca juga: Rupanya ada cara mudah nak sediakan bara untuk panggang, guna 1 bahan ini sahaja!