Malaysia Dateline

Netizen terkejut harga kubah surau RM500,000, boleh bina satu surau lain

Netizen terkejut harga kubah surau RM500,000, boleh bina satu surau lain. Gara-gara seorang ustaz memaklumkan harga sebuah kubah yang mahu dibina di surau bukannya masjid mencecah hampir RM500,000 membuatkan netizen terkejut dan menganggap ianya satu pembaziran.

Kos kubah surau tersebut yang tinggi dikatakan boleh membina sebuah surau yang baru.

Carian informasi di facebook hari ini mendapati isu ini sedang hangat diperkatakan netizen.

Terdahulu, Ustaz Abdullah Khairi difahamkan sedang membina Pusat Kecemerlangan As-Syafie dan memaklumkan kos pembinaan kubah surau di pusat berkenaan mencecah RM500,000.

Bagaimanapun, katanya jumlah kutipan derma untuk membina kubah masih tidak mencukupi tetapi dengan duit yang ada ketika ini beliau akan membina kubah sementara supaya surau dapat digunakan sebelum Raya Haji nanti.

Netizen terkejut harga kubah surau RM500,000, boleh bina satu surau lain

“Jumlah kos sebenar untuk kubah dengan keluasan 60 kaki kali 60 kaki adalah RM490,000 boleh lihat quatation yang diberikan.

“In Sha Allah sudah ada RM84,567.50, siapa yang nak berwakaf untuk kubah tersebut boleh transfer dalam akaun sekolah Pusat Kecemerlangan Assyafie,” tulis Ustaz Abdullah Khairi

Pengguna Facebook Hafiz Adnan terkejut dengan kos tersebut untuk buat kubah surau di sebuah pusat pengajian hampir setengah juta ringgit.

Beliau berkata, harga begini jika di bahagikan untuk pondok boleh siapkan beratus-ratus pondok pelajar.

“Saya bimbang ini menunggang atas nama pusat pengajian untuk mengaut keuntungan masuk poket sendiri sahaja.

“Kubah bukan satu keperluan mendesak, jika tiada kubah sekalipun solat tetap sah. Tidak perlu membazir sumbangan orang ramai,” katanya.

Bani Tamim juga mengatakan perkara yang sama ia satu pembaziran dan menyifatkan syiar Islam bukan pada kubahnya tetapi syiar Islam pada perlaksanaan syariat Islam pada umatnya.

“Buat kecil2 udah la Ustaz kubah tu..Nilai La kemampuan kewangan yang kita ada.

“Buat kecil pun Allah swt Pandang dah… janji azan deras dan dengar sehingga hujung danau…20k utk kubah tu pun kira mahal dah ustaz..Ni nak smpai 500k..Fuhhhhh.

“Nak kalah kan kubah Masjid Shah Alam ke ustaz..Ustaz sendiri kan ceramah berdetum2 ‘PEMBAZIRAN ITU AMALAN SYAITOONNNNNNNIRAJIIIMM’,” kata beliau.

Senarai harga kubah di beberapa masjid dan surau. (Spesifikasi JKR)

Lain pula dengan pengguna Facebook Amal Amani yang membangkitkan siapa yang mengaudit duit derma orang ramai yang diberikan.

“Ustaz buat fb ads untuk donation berpuluh madrasah dan surau.

“Duit donation tu siapa audit?

“Daripada buat kubah 500k. Baiklah buat satu surau yang lain,” bidas beliau.

“Harga kubah surau dia boleh buat sebuah surau lain,” ulang Ana Tahu.

Peguam Nasar Khan juga tidak lepas memberi komentar terhadap isu kubah ratusan ribu ini.

“Kubah sebenarnya rekaan saintifik dan ada fungsi akoustik. Bila imam baca kat depan, suaranya akan tersebar luas menerusi kubah dan boleh meliputi seluruh masjid.

“Zaman sekarang dengan adanya sistem pembesar suara, pembinaan kubah lebih kepada rekabentuk dan hiasan. Kalau ada fungsi pun mungkin sebagai identiti, supaya dari jauh orang dah kenal ianya masjid,” komen beliau.

Baca juga: ePemula GrabPay menyusahkan pelajar, mungkin bantuan yang diberikan membazir begitu sahaja

Baca juga: Anak mati sebab obes, ibu bapa ditahan