Nga Kor Ming minta maaf, berjanji gunakan bahasa lebih lembut

Nga mendakwa video lama beliau diedit dengan meletakkan di tempat yang salah konteksnya.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memohon kepada orang Melayu atas kekerasan nada atau bahasa yang beliau gunakan ketika kempen.

Beliau mengakui bahasa yang digunakan dalam ceramah bahasa Mandarin kadangkala agak keras dan penuh sinis.
“Namun masyarakat Tiong Hua dapat menerima cara saya berceramah.

“Tetapi amat kesal sekali keadaan ini telah diputar belit oleh penyokong-penyokong BN.

“Klip-klip video ucapan saya telah diedit, dipotong dan dicantum untuk menunjukkan saya mengucapkan kata-kata yang jahat yang bertujuan menyakitkan hati orang Melayu.

“Ini tidak benar. Ini fitnah yang berbahaya,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Pertama, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekerasan nada atau bahasa saya yang gunakan jika dianggap kasar.

“Saya akan cuba bernada lebih lembut dalam ceramah-ceramah akan datang,” katanya.

Beliau menjelaskan, bahawa ucapan-ucapan beliau mempunyai konteks, iaitu ia berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.

“Konteks dan latar belakang topik amat penting untuk memahami hujah atau ceramah. Jika ia diedit, dipotong dan dicantum semula, ia menjadi video palsu.

“Klip seperti inilah yang cuba menampakkan saya sebagai orang jahat. Saya harap orang ramai tidak mempercayai klip-klip seperti ini,”katanya.

Beliau tahu, akan wujud lebih banyak lagi video seperti ini menjelang hari mengundi pada Rabu 9 Mei ini.

“Saya merayu kepda semua pengundi supaya tidak mempedulikan video edit yang berniat jahat ini. Malah video-video lama saya juga akan dibangkitkan.

“Saya mohon semua pengundi memahami konteks era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri amat berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Pakatan Harapan sekarang,” katanya.

Beliau sekali lagi memohon maaf atas kekasaran bahasa sekiranya ada yang tersinggung perasaan, dan memohon para pengundi supaya fokus dalam usaha untuk melakukan perubahan supaya tidak mudah terjebak dengan perangkap BN yang bahaya kerana ia mempermainkan isu-isu perkauman dan agama.

7.4
OVERALL SCORE
: 7.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS