Ngerinya krisis demokrasi di Malaysia, kata media asing

Ngerinya krisis demokrasi di Malaysia, kata media asing

Euforia liberalisasi di Malaysia setelah Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 telah menyusut sejak pemimpin pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, dipenjara atas tuduhan sodomi pada 2014, menurut laporan The Conversation.

Dengan dipenjaranya Anwar, PH telah mengajukan calon yang paling tidak mungkin, yakni mantan bos dan musuh utama Anwar, Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun, untuk bertembung melawan Najib untuk meraih kerusi Perdana Menteri.

Pembangkang melancarkan protes di Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan mendesak undang-undang dikuatkuasakan untuk mengakhiri impunitasi dan korupsi di Malaysia.

Sokongan terhadap pembangkang berpusat di kawasan bandar sementara sokongan terhadap BN tersebar di seluruh daerah luar bandar.

Dalam PRU kali ini, beberapa negeri iaitu Selangor, Johor, dan Kedah merupakan medan perang utama bagi pakatan pembangkang.

Di Johor, yang dulu merupakan syurga bagi pendukung BN, sebagian pengundi Malaysia berpaling melawan parti pemerintah akibat meningkatnya kos sara hidup dan rasuah.

Bila BN kalah dalam negeri-negeri penting ini, ia akan mengikuti jejak parti pemerintah di negara-negara lain seperti Parti Kuomintang Taiwan dan Partai Revolusioner Institusional Mexico yang akhirnya kehilangan dominasi, kata laporan tersebut.

Kata laporan itu, BN akan mengikuti jejak yang sama dengan kedua parti itu seiring dengan semakin kompetitifnya sistem politik Malaysia.

Selain membatasi kebebasan media dan menyekat blog-blog politik, BN telah menggunakan berbagai taktik manipulatif untuk mengekalkan kuasa dan menggunakan dana negara untuk politik wang, menekan pembangkang, dan memenjarakan lawan untuk menekan persaingan dalam pemilihan.

Penetapan persempadanan semula dengan mengumpulkan pengundi pembangkang dalam satu daerah atau menyebar mereka ke beberapa kawasan pilihan raya yang lain, telah menguntungkan BN.

Praktik gerrymandering yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperburukkan keadaan dalam proses perolehan kerusi pilihan raya.

Meski pun perlembagaan yang telah menetapkan ukuran konstituen “setidaknya sama besar dan jikalau berbeza, bezanya tidak lebih daripada 15 peratus,” ketentuan ini diubah menjadi 33 perubahan.

Kata laporan itu lagi, perubahan batas-batas ini telah membuat parti pro-pembangkang memerlukan lebih daripada 100,000 undi untuk terpilih, sedangkan kawasan pilihan raya pro-BN menjadi kecil, dengan 30 daerah memiliki pengundi kurang daripada 18.000.

Ini bererti bahwa nilai setiap undi berubah secara dramatis di seluruh negeri. Calon pembangkang kini memerlukan lebih banyak undi daripada lawan mereka BN untuk boleh terpilih.

Sebagai pemerintah, BN telah menggunakan dana negara dan mengumumkan program-program besar untuk menarik hati para pengundi.

Contohnya baru saja mereka membahagikan wang kepada pengundi melalui BR1M. Hampir tujuh juta penduduk miskin Malaysia diharapkan menerima wang itu, yang mencapai $308 juta setahun.

Kakitangan awam juga diharapkan menerima bonus khusus tahun ini dan lebih banyak lagi setelah pemilu.

Dengan inflasi yang tinggi serta kekecewaan masyarakat awam mengenai kos sara hidup, pengangguran, dan gaji, politik wang tentunya akan membantu Najib Razak dan partinya meraih suara daripada pengundi yang belum menentukan pilihannya.

Pemerhati pro-demokrasi seperti Freedom House dan Economist Intelligent Unit telah memperingatkan bahwa demokrasi tengah menghadapi krisis serius dalam beberapa dekad terakhir.

Prinsip dasar yang menjamin pilihan raya bebas dan adil, hak-hak minoriti, kebebasan bersuara, dan keluhuran undang-undang kini telah mendapat ancaman di seluruh dunia.

Penggunaan politik kotor dan penyelewengan pra-pilihan raya di Malaysia telah menyumbang dalam krisis demokrasi global ini.

Meskipun ada gerakan pembangkang yang kuat dan protes untuk perubahan, Najib Razak dan gabungan BNnya kemungkinan besar akan memenangi PRU kali ini.

Kajian Merdeka Centre for Opinion Research yang dibuat pada Desember meramalkan penurunan suara popular BN secara keseluruhan.

Tapi hasil kajian juga menunjukkan bahwa sistem PRU yang sedang berlangsung akan membawa sekitar memberi kemenangan kepada parti pemerintah dengan meraih dua per tiga suara.

Kemenangan yang tidak adil ini mungkin akan menghancurkan pakatan oposisi yang lemah dan membawa Malaysia mundur masuk ke dalam sistem otoritarianisme yang merisaukan, kata The Conversation.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0