NGO anggap SPRM laksana ‘undang-undang rimba’ tahan Najib

NGO anggap SPRM  laksana ‘undang-undang rimba’ tahan Najib

Pemantau Malaysia Baharu  mendakwa tangkapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak sah mengikut undang-undang.

Pengerusinya  Datuk Lokman Noor Adam berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak mengikut undang-undang (rules of Law) sebaliknya mengamalkan’ undang-undang rimba’ untuk menjatuhkan kredibilit iseorang bekas  perdana menteri yang juga bekas presiden Umno.

“Apa tujuan SPRM sumbat Datuk Seri Najib dalam lokap.. ia bertujuan supaya moral jatuh dan mengalah…ini bukan perangai Najib Razak.Walau apa pun dilakukan ke atasnya, beliau akan kuat.

“Jika SPRM panggil Datuk Seri Najib ke mahkamah untuk pendakwaan esok hari, tiada sebab beliau tidak memberikan kerjasama. Beliau tetap akan datang jika tidak waran tangkap akan dikeluarkan.

” Tuduhan Pakatan Harapan bahawa Najib telah curi wang 1MDB RM2.6bilion, esok pagi tuduhan ke atas Datuk Seri Najib tidak ada langsung dakwaan beliau mencuri duit tersebut.

“Saya menjangkakan akan ada beberapa pertuduhan kecil di bawah akta MLA (Akta Pengubahan Wang Haram)  dan beliau akan dipertikaikan kononnya, telah menyalah guna kuasa dengan menerima suapan RM42juta, duit yang dimasukkan dalam akaun amanah di Arab Malaysian yang menggunakan nama Najib Razak yang diamanahkan kepada Nik Faisal (bekas CEO SRC International Nik Faisal Arif Kamil).

“Kami yakin ini merupakan satu sabotaj dan khianat kerana hingga kini Nik Faizal menghilang gagal dikesan,” ujarnya yang mengetuai beberapa NGO  lain dianggarkan  lebih kurang 300 penyokong menunjukkan solidariti mereka menyalakan barisan lilin di hadapan Ibu Pejabat SPRM malam tadi.

Himpunan aman yang diadakan bermula  jam 9.00 malam diakhiri pada jam 11 malam itu berlansung aman dengan ucapan beberapa pimpinan NGO yang hadir.

Menurut Timbalan Pemantau Malaysia Baharu Tun Faisal Ismail Aziz pula, mengaitkan kezaliman yang berlaku ke atas Datuk Seri Mohd Najib Razak sama seperti mana pernah terjadi kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut mempersoalkan peranan beberapa badan perundangan dan NGO lain yang dahulu memperjuangkan kebebasan Anwar dalam gerakan reformasi.

“Mana aktivis hak rakyat dan hak asasi manusia..mana? Mana Suhakam, mana badan peguam dan mana penggerak reformasi. Hari ini kezaliman yang sama dilakukan oleh orang yang sama, Kononnya mereka ini pejuang rakyat, hari ini mana mereka? Senyap.

“Kami rasakan tidak ada keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib  Mahkamah yang digunakan untuk menghukum najib adalah mahkamah rimba, JIka kata nak guna ‘rule of law’ gunalah betul-betul. Kerajaan hari ini tidak betul.” ujarnya.

Solidariti Najib diadakan susulan penahanan dilakukan oleh SPRM di kediaman Najib pada jam 2.30 petang tadi. Najib dijangka akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lunpur esok pada jam 8.30 pagi atas dakwaan terlibat dalam skandal SRC International Sdn Bhd.

Baca: Lokman Adam akan adakan solidariti 

 

 

 

 

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote